“JDT Dari 2013 Kena Denda Beratus Ribu, Tiada Pun Sultan Johor Keluarkan Surat” – TMJ

Semalam (27 Jun), Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah mempertimbangkan keputusan yang diambil ke atas Selangor FC sebelum ini kerana ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim pada 10 Mei lalu.

MFL mengurangkan denda yang dikenakan ke atas Selangor FC daripada RM100,000 kepada RM60,000 selain membatalkan pemotongan tiga mata ke atas pasukan itu dan bermain tanpa penonton.

Keputusan itu dibuat selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan murka dengan keputusan MFL dan ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

TMJ beri respon isu MFL pertimbang keputusan ke atas Selangor FC

Terbaharu, Pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pula pada malam tadi dilihat mempersoalkan tindakan MFL mengurangkan denda terhadap Selangor FC.

Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor mengeluarkan kenyataan berkenaan menerusi Instagram Story (IG Story) di akaun miliknya.

“Selepas ini mana kelab (bola sepak) tak bayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang liga, suruh Sultan tulis surat murka saja senang.

“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat.

“Ini akan mulakan satu ‘precedent’ di mana selepas ini Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tak boleh,” katanya.

JDT pernah didenda beratus ribu tapi Tuanku Sultan Johor tak pernah keluarkan surat

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, JDT juga pada 2013 lalu pernah menerima hukuman denda beratus ribu selain dirinya turut disekat selama enam bulan, namun Sultan Johor tidak pernah mengeluarkan surat atau sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Ini siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat U-Turn tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL (sebelum ini) baik puji MFL sekarang.

“Ladies and gentlemen, I present to you The real Tokong of Malaysian football,” katanya lagi.

Dalam pada itu, TMJ turut memuat naik beberapa perbualan WhatsApp dipercayai antara dirinya dengan seorang individu bernama ‘Dato Seri Shahril’.

Meskipun tiada maklumat lanjut, ada yang percaya individu berkenaan adalah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang baru meletakkan jawatan dalam FAM pada Rabu (26 Jun).

Sultan Sharafuddin sifatkan keputusan MFL sebagai tidak berperikemanusiaan

Terdahulu, Sultan Sharafuddin kecewa dan terkejut dengan Hamidin kerana dilihat tidak serius bersuara sedangkan Hamidin sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bermula tahun 1995 hingga 2013 serta berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor selain menerima darjah kebesaran daripada Sultan Selangor.

Baginda turut menyifatkan keputusan yang diberikan oleh MFL ke atas Selangor FC itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

5 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

5 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

6 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

7 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

7 hours ago