fbpx

Tidak Sampai 24 Jam Dilancarkan, Dana Tabung Solidariti Buat Selangor FC Cecah Lebih RM20,000

Kutipan berjumlah RM20,552.33 diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain daripada kontroversi baju kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, antara isu lain yang sedang menjadi bualan hangat adalah hukuman dan denda yang dikenakan ke atas Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Hukuman tersebut dikenakan berikutan ketidakhadiran pasukan berkenaan dalam perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) pada 10 Mei yang lalu.

Ekoran daripada itu, Selangor FC dikenakan denda sebanyak RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025.

Malah, mereka turut diarah untuk membayar pampasan kerugian yang ditanggung oleh JDT selaku tuan rumah.

Walau bagaimanapun, MFL menerusi satu kenyataan terbaharu mengumumkan hukuman terhadap pasukan itu diringankan selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan murka dengan keputusan MFL dan ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Denda dikurangkan daripada RM100,000 menjadi RM60,000 manakala hukuman pemotongan tiga mata pertandingan dalam Liga Super 2024/2025 dan perlawanan tanpa penonton dibatalkan.

Ekoran daripada denda tersebut, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah melancarkan tabung solidariti buat Selangor FC bermula 26 Jun hingga 2 Julai ini.

Kutipan Cecah Lebih RM20,000 Kurang Daripada 24 Jam

Tidak sampai 24 jam dilancarkan, tabung solidariti bersama Selangor FC itu berjaya mengutip kutipan lebih RM20,000.

Kutipan berjumlah RM20,552.33 diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

“Sambutan luar biasa terhadap kempen Solidariti Bersama Selangor FC. Dana terkumpul telah mencecah RM 20 ribu kurang 24 jam dilancarkan.

“Para penyumbang hadir dari seluruh negara. Dari Sabah hingga Johor, rakyat bersolidariti. Inilah keindahan sukan bola sepak. Terima kasih!” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Sambutan luar biasa terhadap kempen Solidariti Bersama Selangor FC. Dana terkumpul telah mencecah RM 20 ribu kurang 24…

Posted by Amirudin Shari on Thursday 27 June 2024

Tabung Solidariti Sebagai Tanda Sokongan Kepada Selangor FC

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi sebelum ini mengumumkan pelancaran tabung solidariti tersebut sebagai inisiatif ekoran daripada keputusan tidak adil MFL terhadap pasukan Selangor FC.

Inisiatif itu bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak tanah air bagi menzahirkan sokongan kepada pasukan itu melalui sumbangan sebanyak RM1.

Hasil dari sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Selangor FC bagi membantu mereka untuk memperjuangkan keadilan terhadap hukuman yang dikenakan oleh MFL.

TABUNG SOLIDARITI BERSAMA SELANGOR FC Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melancarkan Tabung…

Posted by Majlis Sukan Negeri Selangor on Wednesday 26 June 2024

Baca Artikel Berkaitan: “JDT Dari 2013 Kena Denda Beratus Ribu, Tiada Pun Sultan Johor Keluarkan Surat” – TMJ

Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Murka Dengan Keputusan MFL & FAM, Hukuman Pada Selangor FC Tiada Ihsan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.