fbpx

“Zaman KJ, Itu Style KJ” – Hannah Yeoh Ulas Isu Kritikan Baju Kontinjen Malaysia Ke Olimpik 2024

Menurut Hannah Yeoh, dia menghormati Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang berperanan sebagai pemegang taruh utama dan rapat dengan KBS.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak diperkenalkan pada Ahad (23 Jun) yang lalu, isu rekaan baju atlet negara ke temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik 2024 masih hangat lagi diperkatakan sehingga kini.

Ini kerana masih ada lagi segelintir pengguna media sosial tidak dapat menerima rekaan tersebut hingga ada yang menyamakannya dengan pakaian sukan sekolah.

Malah, apa yang lebih menjadi perhatian adalah kenyataan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak terlibat dalam sebarang keputusan pemilihan reka bentuk pakaian tersebut.

Walau bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ menerusi video podcast Keluar Sekejap mengatakan bahawa corak rekaan baju atlet negara sebelum ini diluluskan olehnya.

Setiap Pemimpin Ada Cara Tersendiri, Hormati Pemegang Taruh

Terbaharu, Hannah menjelaskan setiap pemimpin mempunyai caranya tersendiri dan tidak perlu dibandingkan antara satu sama lain.

“Saya telah lihat komen mantan menteri (Khairy Jamaluddin), masa zaman beliau itu cara beliau, setiap pemimpin mempunyai cara kepimpinan yang berlainan,” katanya.

Tambah Hannah, dia menghormati Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang berperanan sebagai pemegang taruh utama dan rapat dengan KBS.

“Saya hormati cara bekerja MOM dan saya hormat mereka sebagai sebuah institusi.

“Apabila diberikan taklimat, saya dimaklumkan bahawa selama ini zaman KJ iaitu ‘style’ KJ, tetapi selepas itu saya dimaklumkan bahawa MOM yang menentukan ‘design’ untuk jersi,” katanya.

Baju Kontroversi Bukan Untuk Perbarisan

Jelas Hannah, rekaan pakaian yang menjadi bualan ramai itu bukanlah pakaian rasmi yang akan digunakan untuk perbarisan.

“Saya baca komen, ramai ingat itu baju perbarisan. Baju perbarisan kita sudah ada untuk atlet-atlet kita nanti,” jelasnya.

Terdahulu, pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dengan rekaan baju yang akan dipakai oleh atlet negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris yang akan diadakan pada 26 Julai hingga 11 Ogos.

Ia menjadi semakin hangat apabila Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd. Amin mengeluarkan kenyataan mengatakan rekaan baju tiada guna jika tidak dapat bawa pulang emas atau pingat.

Lebih menjadi tumpuan apabila baju tersebut turut mendapat kritikan daripada seorang pengguna TikTok dari luar negara yang menyamakan baju rasmi kontinjen Malaysia itu seperti pakaian sukan sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Guna Baju Cantik Tapi Gagal Bawa Pulang Emas” – Ketua Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024

Baca Artikel Berkaitan: Baju Atlet Malaysia Untuk Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Ini Respon Hannah Yeoh

Baca Artikel Berkaitan: Minah Salleh Sifatkan Baju Olimpik Malaysia Seperti Baju Sukan Sekolah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.