fbpx

Nahas Lamborghini Di Karak, Pemandu Rupanya Warga Emas 62 Tahun

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, warga emas terbabit ditemui rentung selepas terperangkap di dalam kereta itu yang terbabak dan gagal dikeluarkan oleh orang awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, sebuah ‘supercar’ Lamborghini Huracan dilaporkan terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya KLK (Kuala Lumpur-Karak), Bentong menyebabkan seorang pemandu lelaki maut di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku pada awal pagi semalam (30 Jun) di Kilometer (KM) 57 lebuh raya berkenaan.

Video yang memaparkan kereta mewah itu sedang rentung terbakar juga tular di media sosial sekali gus meraih perhatian ramai.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki yang maut dalam kemalangan kereta mewah itu telah dikenal pasti warga emas tempatan berusia 62 tahun.

Pemandu terperangkap di dalam kereta, gagal dikeluarkan orang awam

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Fung Swee Yen ditemui rentung selepas terperangkap di dalam kereta itu yang terbabas dan gagal dikeluarkan oleh orang awam.

Ujarnya, kejadian dipercayai berlaku apabila warga emas berkenaan gagal mengawal keretanya itu semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Bentong.

“Kereta itu kemudian melanggar tembok sebelum menggelungsur ke longkang kiri jalan dan berpusing lalu terbakar,” katanya.

Penumpang wanita berjaya dikeluarkan oleh orang awam

Menurutnya lagi, semasa kejadian, turut berada di dalam kereta mewah itu adalah seorang wanita berusia 47 tahun yang selamat selepas berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Jelasnya, wanita itu segera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan.

“Penumpang wanita itu didapati melecur di bahagian tangan dan kaki. Mangsa kini menerima rawatan di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya lagi.

Orang awam yang melihat kejadian diminta tampil bantu siasatan

Berkongsi lanjut, Zaiham meminta orang ramai yang melihat kejadian terbabit untuk tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah, serta mematuhi had laju yang ditetapkan,” ujar Zaiham.

Difahamkan video dipercayai sebelum dan selepas kemalangan terbabit turut tular di media sosial.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.