Pelajar SPM 10A Akan Diberi Peluang Masuk Ke Matrikulasi Tanpa Kira Kaum & Wilayah – PM

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan utama dan penting di Malaysia. Ini kerana keputusan peperiksaan itu akan digunakan dalam menentukan hala tuju pelajar bagi melangkah ke peringkat seterusnya.

Ada calon SPM yang memilih untuk terus bekerja selepas memperoleh keputusan tersebut. Namun, kebanyakannya memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Antara yang sering menjadi pilihan individu khususnya pelajar cemerlang adalah pengajian di peringkat matrikulasi.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang berpeluang untuk menyambung di matrikulasi kerana jumlah kemasukan dan kuota yang telah ditetapkan.

Pelajar SPM 10A Ke Atas Berpeluang Sambung Belajar Di Matrikulasi Tanpa Mengira Kaum & Wilayah

Terbaharu, kerajaan mengumumkan semua pelajar lepasan SPM yang berjaya mendapat keputusan 10A dan ke atas akan diberikan ruang untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu merupakan hasil perbincangan mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (28 Jun) lalu yang bertujuan memastikan semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum diberi peluang sama adil dalam mendapat pendidikan lebih tinggi.

“Kalau ada anak-anak yang mencatat kejayaan 10A atau lebih untuk semua aliran sekolah di negara kita, maka keputusan kita tanpa kecuali semua mereka dari semua kaum dan wilayah harus diberi jaminan tempat oleh kerajaan.

“Saya tidak mahu meneruskan ini sebagai isu kaum lagi. Cuma saya tekankan keputusan ini keputusan yang berani,” katanya.

Beri Jaminan Kuota Bumiputera Tidak Akan Terjejas

Pada masa yang sama Anwar turut memberi jaminan bahawa keputusan tersebut tidak akan menganggu kuota pelajar bumiputera sedia ada.

“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang SPM mendapat peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian.

“Pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan negara serta memastikan sistem kuota bumiputera dan prinsip meritokrasi untuk manfaat semua pelajar terpelihara,” ujarnya.

KPM Akan Buat Pengumuman Lanjut & Perbincangan Bersama KPT

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman lanjut berhubung perkara ini.

Malah, Fadhlina turut menjelaskan dia dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meneliti perkara itu sebelum mengambil tindakan seterusnya dan pengumuman lain yang berkaitan.

Fadhlina turut menyifatkan pengumuman Anwar semalam (30 Jun) sebagai jaminan pendidikan yang diberikan kepada pelajar di negara ini tanpa mengira latar belakang dan kaum.

“Pertama, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman cukup penting dan bermakna ketika ini, apatah lagi jaminan untuk mendapatkan serta meneruskan pengajian di peringkat tinggi untuk anak-anak cemerlang SPM tahun ini.

“Jadi inilah satu jaminan pendidikan yang diberikan oleh Perdana Menteri sendiri dan saya bersama Menteri Pendidikan Tinggi akan bersama-sama meneliti perkara itu dan kita akan susul tindak dengan pengumuman-pengumuman lain nanti,” katanya.

Mohon Pihak Tidak Gusar Dengan Pengumuman Berkenaan

Fadhlina turut berharap agar pengumuman tersebut tidak menimbulkan kegusaran mana-mana pihak khususnya berkaitan kuota bumiputera kerana jumlah itu kekal selain memastikan pendidikan yang luas untuk semua.

“Tahniah anak-anak semua dan kita harapkan dengan jaminan itu tiada kegusaran terutamanya kuota matrikulasi dikekalkan dan dalam masa sama peluang pendidikan itu cukup luas serta semua dapat tempat untuk melanjutkan pengajian masing-masing,” jelasnya lagi.

Sekadar info, menurut laman KPM, Program Matrikulasi mula diwujudkan pada tahun 1998. Ia adalah program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka menyambung pengajian peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Program Matrikulasi merupakan cetusan idea Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan bagi mewujudkan program di bawah KPM sekaligus menyeragamkan semua Program Matrikulasi dan Asasi yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Baca Artikel Berkaitan: Kenyataan Anwar Tentang Isu Sistem Kuota Universiti Bersifat Sementara – Kumpulan Siswazah Bukan Bumiputera

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kuota Universiti : Anwar Ibrahim Sangkal Dakwaan ‘Buli’ Pelajar – “Saya Terang Seperti Bapa” [Video]

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

23 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago