Tular Dakwaan Belindan Kubur Dialihkan Sesuka Hati, Ini Penjelasan Imam Tua Mukim Meranto

Baru-baru ini, tular satu hantaran seorang pengguna Facebook yang mendakwa belindan yang terdapat di Tanah Perkuburan Islam Meranto Gua Musang, Kelantan telah dialihkan demi pertandingan kubur paling cantik.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna media sosial berkenaan, dia mendakwa belindan itu telah dialih dan disusun hingga dipercayai telah mengubah tapak asal kubur tersebut.

Malah, pengguna yang dipercayai penduduk kampung tersebut turut meluahkan rasa kecewa ekoran daripada tindakan individu yang terlibat serta tiada respon daripada pihak yang sepatutnya.

Hantarannya itu menjadi tular hingga menarik perhatian pengguna lain yang turut sama kecewa dan tidak puas hati dengan perbuatan berkenaan.

Foto: Sinar Harian

Gambar Tersebar Ketika Proses Pembersihan

Mengulas mengenai perkara itu, Imam Tua Masjid Mukim Meranto Azmi Hamat menjelaskan bahawa gambar yang tersebar adalah ketika kerja-kerja membersih dan mencantikkan kawasan kubur sedang dilakukan.

“Ia masih dalam proses dan dakwaan itu tidak benar.

“Kami tidak sesuka hati mengalihkan belindan, malah apa yang dibuat itu tidak lari daripada tapak asal kubur sedia ada,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian

Gotong-Royong Sempena Anugerah Tanah Perkuburan Islam Terbaik Negeri Kelantan

Jelas Azmi, kerja pembersihan dan mencantikkan kubur itu dilakukan bersempena Anugerah Tanah Perkuburan Islam Terbaik Negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Malah, dia menegaskan bahawa pihaknya hanya mengemas kawasan tanah perkuburan dan mengecat belindan serta batu nisan dengan warna putih serta menanam bunga melati putih.

Azmi turut menjelaskan bahawa pihaknya ingin menyeragamkan kawasan tanah perkuburan itu dengan tanaman bunga melati berwarna putih.

“Kami berharap orang ramai terutama penduduk tidak salah faham. Diharap dengan penjelasan ini semua pihak tidak bersalah sangka lagi,” jelasnya.

Terdahulu, hantaran yang tular di Facebook pada Ahad (30 Jun) lalu turut memaparkan beberapa gambar belindan dialih serta batu nisan turut dicabut.

Foto: Sinar Harian

Kubur Haram Dialihkan Kecuali Dengan Sebab Tertentu

Untuk info, berdasarkan Garis Panduan Pemindahan Kubur Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor, hukum menggali semula dan memindahkan kubur orang Islam adalah haram.

Namun, ia dibenarkan atas sebab-sebab antaranya seperti berikut:

  • Dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam
  • Tidak dimandikan atau ditayamumkan
  • Tidak menghadap ke arah kiblat
  • Tidak dikafankan atau dikafankan dengan kain yang digunakan secara tidak sah seperti kain curi dan kain sutera
  • Dikebumikan di tanah lumpur yang digenangi air atau bencana
  • Dikebumikan di tanah persendirian.

Baca Artikel Berkaitan: “Kubur Lama Sudah Dipindahkan” – Projek Pembinaan Jabatan Marang Diteruskan, Tiada Lagi Gangguan Mistik [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Beruang Gali Kubur & Makan Mayat Wanita Di Kelantan

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

7 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

1 day ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

1 day ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

1 day ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

1 day ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

1 day ago