PM Tegur Menteri KDN Gara-Gara Pakai Baju Batik Di Parlimen Pada Hari Selasa [Video]

Batik merupakan antara warisan budaya dan salah satu seni kraftangan yang ada di Malaysia. Ia amat sinonim dengan negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Terengganu dan Kelantan.

Kedudukan batik sebagai warisan seni budaya negara dapat dilihat apabila kerajaan menetapkan penjawat awam wajib memakai baju batik pada setiap hari Khamis dan digalakkan memakainya pada hari bekerja yang lain menerusi surat edaran bertarikah 21 Ogos 2023.

Manakala, ahli parlimen hanya dibenarkan memakaian pakaian itu pada setiap hari Khamis dan hari lain perlu mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan.

Pemakaian Pakaian Batik Dipersoal Oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu

Gara-gara tidak mengikut etika pemakaian dan berbaju batik pada hari Selasa, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditegur oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau membuat teguran itu selepas perkara tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid dari Perikatan Nasional (PN) sebelum mengajukan soalan ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri.

Rosol pada sebelum itu mengajukan soalan tersebut kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengenai etika pemakaian di Parlimen apabila melihat Saifuddin yang mengenakan baju batik berwarna ungu.

“Yang Dipertua, saya nak tanya, etika berpakaian di Parlimen, batik boleh dipakai hari apa sebab nampak Menteri Dalam Negeri (Saifuddin) pakai batik hari ini, minta maaf menteri,” katanya sebelum terus mengajukan soalan kepada Anwar.

PM Tegur Saifuddin Berbaju Batik Pada Hari Selasa

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan kemudiannya terus menegur Saifuddin sebelum menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Rosol.

“Saya nak ingatkan Menteri Dalam Negeri, ikut peraturan Parlimen. Saya setuju dengan Hulu Terengganu (Rosol),” kata Anwar.

Saifuddin yang pada ketika itu sedang duduk di belakang Anwar dilihat hanya tersenyum dan mengangukkan kepala tanda faham akan teguran berkenaan.

Untuk info, pemakaian batik Malaysia berlengan panjang dalam kalangan Ahli Parlimen ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat telah ditetapkan pada hari Khamis.

Penetapan itu dibuat selepas Jawatankuasa Dewan bersetuju dengan syor daripada Menteri Pelancongan yang pada ketika itu disandang oleh Datuk Seri Nancy Shukri bagi mendukung warisan negara pada tahun 2021.

Manakala pada hari lain, individu lelaki yang memasuki Parlimen perlu memakai pakaian formal dengan mengenakan kot, berseluar panjang yang disesuaikan dengan kemeja lengan panjang serta tali leher.

Bagaimanapun, pengenaan tali leher telahpun dimansuhkan ketika Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh.

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Corporation Umum Pemakaian Batik, Perkenal Budaya Dan Seni Malaysia

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

5 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

5 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

5 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

6 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

7 hours ago