[Kemaskini] 3 Kanak-Kanak Hilang Dari Rumah Anak Yatim Ditemukan Di Melaka, Rupanya Dalam Jagaan Nenek

[Kemaskini] Seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang sudah ditemukan selamat di Melaka.

Butiran lanjut di hujung artikel.


Sejak belakangan ini, seringkali kedengaran kes melibatkan kehilangan kanak-kanak atau remaja khususnya perempuan.

Ia amat membimbangkan kerana mangsa berisiko untuk terdedah kepada bahaya atau perkara yang tidak diingini.

Hilang Dari Pusat Jagaan Anak Yatim Sejak Jumaat

Terbaharu, tiga orang individu yang terdiri daripada kanak-kanak dan dua remaja perempuan dilaporkan hilang dari asrama pusat jagaan anak-anak yatim di Taman Cemerlang Kuala Pilah, Negeri Sembilan sejak Jumaat (28 Jun) lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Amran Mohd Ghani, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan kanak-kanak itu daripada pihak pengurusan Yayasan Kasih Sayang Kuala Pilah pada jam 10.30 malam hari yang sama.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Pilah telah menyiasat satu laporan polis yang dibuat pihak pengurusan yayasan.

“NGO berkenaan yang menyediakan pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar memaklumkan tentang kehilangan tiga kanak-kanak perempuan yang merupakan penghuni asrama disediakan pihak yayasan di Taman Cemerlang.

“Hasil siasatan mendapati kesemua mereka dilahirkan di negeri ini (Negeri Sembilan),” katanya.

Waris & JKM Telah Dimaklumkan Berhubung Kehilangan

Jelas Amran, pihaknya sedang giat mengesan mereka yang hilang dengan menggunakan semua elemen dan butiran ketiga remaja itu telah didaftarkan dalam Sistem Nur Alert.

Malah, waris remaja berkenaan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dimaklumkan berhubung insiden tersebut dan semua maklumat berkaitan sedang dikumpul bagi mengenal pasti punca mereka melarikan diri dari asrama.

“Polis juga sedang mengesan tempat-tempat yang berkemungkinan dikunjungi mereka,” katanya.

Polis Mohon Kerjasama Orang Ramai Bantu Salurkan Maklumat

Kes kini disiasat di bawah kes orang hilang. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkan info tersebut kepada pihak polis.

“Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Ruzaidi Ismail di talian 012-3648589,” katanya. 

[Terkini] Sudah ditemukan selamat, rupanya bawah jagaan nenek

Dalam perkembangan terbaharu, ketiga-tiga kanak-kanak perempuan sudah ditemukan di Melaka.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani dua kanak-kanak dan seorang remaja perempuan itu ditemukan pada jam 9 malam Isnin (1 Julai).

Rupanya-rupanya mereka berada di bawah jagaan nenek kepada salah seorang daripada mereka.

Mereka yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya diserahkan kepada pihak rumah anak yatim.

“Kesemua mereka ditahan bersama dua wanita di Balai Polis Simpang Bekoh, Melaka.

“Kanak-kanak dan remaja itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan,” katanya dipetik Majoriti.

Apa Itu Sistem Nur Alert

Sekadar info, sistem National Urgent Response Alert (NUR Alert) merupakan satu sistem amaran awal yang diperkenalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan digunakan bagi membantu mengesan kehilangan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Fungsi utamanya adalah dengan membuat hebahan melalui paparan maklumat di 34 agensi kerajaan dan bukan kerajaan sebaik sahaja makluman berhubung kehilangan kanak-kanak diterima.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Autisme Hilang Sejak Semalam, Iengkap Berseragam Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Instagram Lancar Amber Alerts, Ciri Khas Bantu Kesan Kanak-Kanak Hilang Di 25 Negara Termasuk Malaysia

Recent Posts

  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

1 min ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

49 mins ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 hours ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Berdosa Isteri Tak Mahu Pakai Niqab Yang Dibeli Suami – UAI [Video]

Ustaz Azhar Idrus bagaimanapun berkata, golongan wanita yang tidak berniqab haruslah tidak bertabarruj pada wajahnya.

4 hours ago