65% Pekerja Di Malaysia Akui Tekanan Kewangan Beri Kesan Kepada Prestasi Kerja – Kajian AKPK

Kebanyakan individu pada masa kini sanggup melakukan lebih dari satu kerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Malah, jika dibandingkan dengan zaman dahulu, kebanyakan wanita turut keluar bekerja bagi membantu suami menjana pendapatan.

Ini menunjukkan faktor kewangan sememangnya memberi impak yang besar dalam kehidupan individu dan keluarga.

Kajian Tunjuk Tekanan Kewangan & Mental Mempunyai Hubung Kait

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 26% rakyat Malaysia yang bekerja mengalami tekanan kewangan.

Perkara itu didedahkan oleh AKPK menerusi laporan ‘From Nine to Five: Navigating Employees’ Financial Well-Being at the Workplace’ yang diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Pendidikan Kesejahteraan Kewangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AKPK Azaddin Ngah Tasir, kajian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati wujud hubungan di antara kesejahteraan kewangan dan mental.

Jelasnya, 26% pekerja dewasa di Malaysia mengalami pelbagai tahap tekanan kewangan manakala 65% lagi mengakui tekanan kewangan beri pengaruh kepada prestasi kerja mereka.

“Bayangkan berapa banyak produktiviti yang boleh kita hasilkan jika angka 26% itu boleh diturunkan ke paras yang lebih rendah?” katanya.

Kesejahteraan Kewangan Yang Rendah Pengaruhi Prestasi Kerja

Tambah Azaddin, pekerja yang mempunyai kesejahteraan kewangan yang rendah mempunyai prestasi kerja yang tidak memuaskan.

Hasil laporan menunjukkan 70% daripada pekerja yang mempunyai kesejahteraan kewangan rendah menunjukkan prestasi yang lemah.

Foto: Laporan AKPK

Manakala, 78% responden yang mempunyai kesejahteraan kewangan yang tinggi mempunyai prestasi kerja yang memberansangkan dan melebihi dari jangkaan.

Foto: Laporan AKPK

Kesejahteraan Kewangan Turut Pengaruhi Kesetiaan Pekerja

Laporan tersebut turut menunjukkan kesejahteraan kewangan mempengaruhi kesetiaan pekerja di sesebuah syarikat.

Menurut Azaddin, 91% pekerja yang mempunyai kesejahteraan kewangan yang tinggi akan menunjukkan kesetiaan kepada syarikat mereka.

Foto: Laporan AKPK

Manakala, 89% responden yang mempunyai kesejahteraan kewangan yang lemah sedang aktif mencari pekerjaan baharu.

Foto: Laporan AKPK

Majikan Main Peranan Penting Dalam Mempromosikan Kesejahteraan Kewangan

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni menjelaskan bahawa majikan memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesejahteraan kewangan kepada pekerja.

Jelas Lukanisman, ia boleh dilakukan dengan cara menawarkan program dan sokongan yang mampu membantu pekerja menguruskan kewangan dengan baik dan dapat mengurangkan stress sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan.

Namun, jelas Azaddin, wujud jurang dalam pendidikan kewangan. Walaupun 74% responden menunjukkan minat untuk mengikuti kelas kewangan, namun hanya 48% majikan yang menawarkan program tersebut.

Sekadar info, AKPK melalui Pusat Penyelidikan Pendidikan Kesejahteraan Kewangan telah menjalankan kajian ini terhadap 900 orang pekerja dewasa di Malaysia. Antara faktor yang dinilai adalah produktiviti, kepuasan kerja dan kesetiaan pekerja.

AKPK held its first Financial Well-Being Conference (FWBC) on 26 and 27 June 2024. Here are the highlights of Day…

Posted by Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) on Wednesday 3 July 2024

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Kewangan & Selisih Faham Antara Faktor Keganasan Rumah Tangga Di Pahang

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Kewangan & Sukar Cari Pasangan Antara Faktor Kadar Kesuburan Di Malaysia Menurun

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Kewangan Antara Punca Penceraian, Ini Enam Kesilapan Yang Biasa Dibuat Oleh Pasangan Muda

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

6 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

1 day ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

1 day ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

1 day ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

1 day ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

1 day ago