fbpx

Lelaki Di Indonesia Bakar Isteri Hidup-hidup Depan Jiran Tetangga

Difahamkan, kejadian itu turut tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam insiden mangsa dibakar telah ‘bocor’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Indonesia tergamak membakar isterinya sendiri hidup-hidup sambil disaksikan oleh jiran tetangga kerana cemburu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah pasangan terbabit di mukim Cipondoh, Kota Tangeran, Banten pada malam Ahad lalu (30 Julai).

Menurut Sinar Harian yang memetik media tempatan, susulan kejadian itu, lelaki terbabit yang berusia 40 tahun telah ditahan polis.

Kejadian mangsa berusia 21 tahun itu dibakar turut tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam insiden terbabit telah ‘bocor’.

Kejadian itu didakwa sudah dirancang pelaku

Ketua Rukun Tetangga (RT) kawasan berkenaan, Romli mendakwa insiden itu sememangnya sudah dirancang oleh lelaki terbabit.

“Jika menurut sumber kami, bahan api itu sudah disediakan oleh pelaku. Bagaimanapun kita tunggu dahulu hasil siasatan polis sama ada dirancang atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, bahan api itu disembunyikan di sebuah kawasan himpunan kayu yang tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Saat dia bergaduh dengan isterinya, pelaku (Sulistiawan) langsung mengambil bahan api itu lalu dicurahkan kepada isterinya (Suci Ratna Derawati) lantas dibakar menggunakan mancis,” katanya lagi.

Penduduk setempat menunjukan tempat mangsa terbaring setelah dibakar (Foto: Twitter/creepy_room)

Berang isteri lambat balik dari kedai fotostat, mangsa sedang jalani rawatan di hospital

Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku apabila pelaku naik berang kerana menunggu isterinya yang lambat balik setelah ke kedai fotostat.

“Difahamkan isterinya pergi ke kedai itu untuk membuat salinan dokumen.

“Mungkin pelaku beremosi dan berasa terlalu lama menunggu menyebabkan dia lantas bertindak sedemikian,” ujar Romli.

Bagaimanapun menurut CNN Indonesia, si suami dipercayai berbuat demikian kerana berang dituduh curang oleh isterinya.

Lebih mengejutkan sebelum kejadian, banyak jiran tetangga yang cuba meleraikan pergelutan di antara pasangan suami isteri itu.

Namun, cubaan mereka tidak berjaya apabila pelaku pantas menyiram petrol ke kepala isterinya sebelum mencucuh mancis.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami luka di bahagian muka dan kepala hingga meliputi 27% bahagian.

Mangsa kini menerima rawatan di hospital dan pelaku sedang menunggu masa untuk dibicarakan di mahkamah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.