fbpx

Majlis Profesor Negara Salah Guna Dana – Laporan Ketua Audit Negara

Penemuan LKAN turut mendedahkan MPN didapati membuat pembayaran elaun tanpa kelulusan menteri kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi berjumlah RM207,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Bilangan 2/2024 hari ini mendedahkan Majlis Profesor Negara (MPN) telah menyalahguna dana.

Salah Guna Pembiayaan Kewangan Seperti Bayar Elaun Tanpa Kelulusan Menteri

Menerusi laporan tersebut, MPN yang berperanan sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dan diselia oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) didapati menggunakan pembiayaan tersebut bagi membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516.

Malah, MPN didapati membuat pembayaran elaun tanpa kelulusan menteri kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi berjumlah RM207,000.

Laporan tersebut turut mendedahkan dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) majlis itu tidak mengisytihar kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat persendirian selaras dengan Akta Syarikat 2016 [Akta 777].

Objektif Penubuhan Tidak Selari Dengan Objektif Asal, Perlu Kaji Semula Status MPN

Berikutan daripada penemuan itu, LKAN mengesyorkan agar JPM mengkaji semula status MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan.

Malah, status MPN perlu diputus dan dipertimbangkan sebelum keputusan penyaluran peruntukan geran wajar diteruskan atau sebaliknya.

Jelas laporan itu, sekiranya MPN kekal sebagai syarikat diselia oleh kerajaan, maka pindaan perlu dibuat terhadap Artikel Pertubuhan dengan memasukkan wakil kerajaan dalam LPA bagi tujuan memantau operasi dan kewangan MPN.

JPM juga disarankan untuk mengambil tindakan sepatutnya terhadap pengurusan MPN bagi ketakteraturan yang dikenal pasti dengan merujuk kepada agensi penguatkuasaan berkaitan serta pengurusan MPN perlu dirombak secara menyeluruh.

Foto: Facebook Jabatan Audit Negara

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧/𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧…

Posted by Jabatan Audit Negara on Wednesday 3 July 2024

MPN Nafi Salah Guna Dana

Dalam pada itu, MPN menerusi satu kenyataan menafikan laporan LKAN tentang penyalahgunaan dana itu.

Menurut MPN, kerajaan telah membuat keputusan membubarkan organisasi tersebut serta merta pada 23 Mei 2018.

“Mulai tarikh pembubaran itu MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.

“Di sepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya di samping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu,” katanya.

Namun pada Januari 2022, MPN mula menerima dana tahunan selepas diterima semula beroperasi di bawah naungan kerajaan.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TERHADAP MAJLIS PROFESOR NEGARA – Pengurusan Majlis Profesor Negara

Posted by Majlis Profesor Negara – MPN on Wednesday 3 July 2024

Untuk info, MPN merupakan sebuah entiti di bawah JPM yang perlu melapor kepada Menteri Pendidikan Tinggi.

Menerusi laman web MPN, ia dipengerusikan oleh Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, manakala timbalannya pula ialah Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Baca Artikel Berkaitan: SPRM Bekukan Akaun Aman Palestin, Disyaki Dana RM70 Juta Disalurkan Bagi Tujuan Lain

Baca Artikel Berkaitan: Akibat Salah Guna Dana Biasiswa, Lelaki Dipenjara 584 Tahun Dan 146 Sebatan Di Melaka

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.