Connect with us

News

Pekerja Pembersihan Terharu Terima Pingat

Seorang pekerja pembersihan SWM Environment Sdn Bhd (SWM) terharu menerima Pingat Jasa Kebaktian sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Ke-71, hari ini.

Chan Mun Thye, 60, yang bertugas di Unit Sapu Jalan Pusat Bandar sejak 16 tahun lalu tidak menyangka insan sepertinya berpeluang menerima pingat sedemikian.

Katanya, baru-baru ini penyelianya ada meminta gambarnya dan dia memberi tanpa mengesyaki apa-apa kerana ketika itu dia menyangka untuk tujuan persaraannya pada 4 Januari lalu.

“Tidak lama selepas itu saya menerima surat mengatakan saya akan menerima Pingat Jasa Kebaktian. Ketika itu saya sangat terharu dan pada masa sama gembira.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada SWM, Tuanku Muhriz dan kerajaan negeri kerana memberi peluang kepada saya menerima pingat ini,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Ke-71 di Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini.

Ibu kepada empat anak itu berkata, walaupun sudah bersara wajib awal bulan ini, tetapi dia masih mahu memberikan perkhidmatan kepada syarikat dan akan memulakan tugas secara kontrak selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

“Saya suka dengan kerja saya kerana tidak susah hanya memastikan kebersihan kawasan. Jadi apa salahnya selagi termampu saya teruskan memberi khidmat yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Teo Kok Seong, berkata penghargaan diberikan kerajaan negeri itu bertujuan menghargai sumbangan.

Katanya, dua lagi pekerja SWM iaitu pemandu jentera, Abd Kadir Abd Ghani dan Shaik Dawood AASM Shaik Mohamed akan menerima pingat sama pada sesi pengurniaan akan datang.

“Ini jelas membuktikan tidak kira apa sahaja pekerjaan seseorang, jika jelas mereka memberi sumbangan kepada negeri, maka layak untuk menerima penghargaan,” katanya.

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect