Connect with us

News

Penganjur Larian Perlu Berhati-Hati Untuk Elakkan Kemalangan & Kehilangan Peserta

Kejadian kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail bulan lepas yang sehingga kini masih belum ditemui seharusnya menjadi pengajaran kepada pihak penganjur agar memberi perhatian serius terhadap keselamatan peserta larian mereka.

Penganjur larian kawasan hutan lipur di Pahang perlu mengambil langkah keselamatan agar tidak berlaku kes kemalangan dan kehilangan peserta.

Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar, menjelaskan bahawa pihak penganjur perlu menyediakan petugas mencukupi bagi memantau pergerakan peserta sepanjang laluan terutamanya di kawasan berbahaya seperti bukit dan hutan.

Menurutnya, usaha memperkenalkan tempat menarik tidak akan menjadi kenyataan jika berlaku perkara yang tidak diingini pada peserta program.

Gambar sekadar hiasan

“Penganjur perlu mendapatkan nasihat dan cadangan daripada pihak berkuasa selain masyarakat setempat yang lebih memahami kawasan persekitaran kampung mereka,” ujarnya.

“Walaupun kes kehilangan peserta larian dalam hutan tidak berlaku di negeri ini, namun langkah awal perlu diambil bagi mengelak daripada insiden tidak diingini,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

Popular

Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Trending

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

Gambar Tidur Aliff Aziz Bersama ‘Gadis Seksi’ Tersebar di Media Sosial?

Trending

Connect