Connect with us

Trending

Perkongsian Ebit Lew Ucap Selamat Berpuasa Kepada Anak dan Isteri Undang Rasa Sebak Netizen

Bermula hari ini, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Sudah pasti ketika ini ramai yang sudah mula mempersiapkan diri untuk menyambut ketibaan bulan penuh barakah itu.

Tidak kurang juga yang berkumpul bersama ahli keluarga untuk bersedia meraikan bulan puasa.

Hal tersebut turut dilakukan oleh pendakwah popular iaitu Ustaz Ebit Lew. Beliau telah memuat naik satu video bersama-sama ahli keluarganya sedang memberi ucapan selamat berpuasa sesama mereka.

Umum sedia tahu bahawa pendakwah ini sangat menghargai isteri serta anak-anaknya dan menggelarkan isterinya sebagai bidadari dalam setiap posting di IG.

View this post on Instagram

Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar malam ni dah tarawih. Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh. Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya . Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim . Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai.. Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah . Doa kita makbul…Doa itu ajaib.. 2 waktu jangan terlepas berdoa. Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat. Jaga solat Fardhu awal waktu. Solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan. Solat Subuh berjemaah di masjid. Baca Al-Quran sama-sama. Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu. Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh. Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Minta pada Allah . Cari orang miskin dan anak yatim. Bantu keluarga kita yang susah. Didik anak ingat korban Nabi saw dan sahabat rhum. Semoga Allah terima kita semua-ebitlew #keluargasunnahTourOktober2019

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Muat naik yang dilakukan Ustaz Ebit Lew memperlihatkan mereka sekeluarga bersalam-salaman dan berpelukkan sebagai tanda kasih sayang dan bersedia untuk mengharungi bulan mulia ini.

“Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku.”

“Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa.”

“Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah.”

Namun begitu, perkongsian tersebut turut diselitkan dengan pelbagai nasihat dan juga amalan-amalan yang boleh dilakukan semasa bulan Ramadan ini.

“Jaga solat Fardhu awal waktu. Solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan. Solat Subuh berjemaah di masjid.”

“Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz.”

“Cari orang miskin dan anak yatim. Bantu keluarga kita yang susah.”

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet seakan terharu dengan cara layanan Ustaz Ebit Lew keatas isteri dan anak-anaknya. Masing-masing berasa sebak dengan perkongsian keluarga pendakwah itu.

Mereka juga mendoakan agar keluarga Ustaz Ebit Lew terus bahagia dan mengucapkan salam Ramadan kepada pendakwah tersebut.

Popular

Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Trending

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

Gambar Tidur Aliff Aziz Bersama ‘Gadis Seksi’ Tersebar di Media Sosial?

Trending

Connect