Inspirasi

[GAMBAR] Perubahan Solekan Wajah Ini Membuktikan Semua Wanita Boleh Cantik Seperti Artis

Solekan wajah mungkin tidak boleh menyembuhkan luka tetapi ia boleh mengubah kehidupan seseorang. Perkara inilah yang dilakukan oleh seorang guru kecantikan bernama Goar Avetisyan, yang berasal dari Armenia. Avetisyan kerap mengubah wajah wanita yang menderita kanser atau mengalami masalah kulit yang teruk. Tugasnya tidak hanya mengubah penampilan wanita istimewa ini, malah ia meningkatkan keyakinan mereka.

Avetisyan yang mempunyai pengikut seramai 4.6 juta di Instagram sering memuat naik perubahan yang dilakukan oleh beliau.

Ramai yang memuji hasil kerja yang dilakukan oleh beliau. Jom lihat beberapa transformasi yang dilakukan olehnya.Mungkin anda tidak percaya dan berasa kagum!

  1. Wanita ini tidak pernah make up seumur hidupnya walaupun semasa majlis perkahwinannya. Perubahan ini akan diingat seumur hidupnya.

2. Wanita ini mengalami kerosakan teruk pada wajah akibat melecur semasa kebakaran.

3. Wanita ini mengalami pemindahan kulit sebanyak dua kali akibat tanda lahir.

4. Mengalami kulit yang sensatif, senyuman bermakna terukir di wajah wanita ini.

5. Menjalani 15 kali pembedahan mata, wanita ini memang mengimpikan perubahan solekan mata.

6. Wanita ini mengalami masalah keguguran rambut yang teruk lebih yakin dengan penampilan barunya.

7. Goar mengubah neneknya sendiri menjadi dengan solekan yang cantik!

Sumber : Bored Panda, Goar Avetisyan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top