Connect with us

News

Rakyat Jepun Buntu Diberi Cuti Terlalu Lama

Sempena pengunduran Maharaja Jepun pada 30 April ini, seluruh rakyat negara itu menikmati cuti selama 10 hari, pertama kali dalam sejarah apabila hari istimewa itu digabungkan bersama ‘Golden Week’. Golden Week merupakan cuti umum yang jatuh pada tarikh 29 April sehingga 6 Mei.

Salah seorang karyawan ketika ditanya memberitahu buntu diberi cuti terlalu lama.

“Sejujurnya saya tak tahu bagaimana nak habiskan masa apabila diberi cuti selama 10 hari,” kata Seishue Sato pekerja dalam bidang kewangan, berusia 31 tahun.

“Sekiranya mahu bercuti, dimana-mana sahaja akan sesak dan kos pelancongan akan menjadi mahal.  Saya lebih rela meluangkan masa bersama ibu bapa sahaja di rumah.”

Satu kajian yang dijalankan akhbar tempatan menunjukkan 45% rakyat Jepun berasa ‘tidak senang’ dengan percutian yang panjang, manakala 35% sahaja daripada mereka gembira.

Sumber: Daily Mail

Popular

Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Trending

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

Gambar Tidur Aliff Aziz Bersama ‘Gadis Seksi’ Tersebar di Media Sosial?

Trending

Connect