Gaya Hidup

Rakyat Malaysia Paling Ketagih

Jika anda katakan anda tidak ketagih menggunakan telefon bimbit, ternyata anggapan anda itu salah. Kajian menunjukkan enam puluh sembilan peratus daripada rakyat Malaysia di laporkan tidak dapat berhenti menggunakan telefon bimbit walaupun dalam sehari.

Kajian yang dilakukan oleh Limelight Networks Inc mengenai keadaan gaya hidup digital mendedahkan, rakyat Malaysia paling ketagih dengan peranti digital mereka, diikuti oleh India.

Rakyat Malaysia juga mencatat jumlah tertinggi dalam kalangan 10 negara yang ditinjau, dengan 74.7 peratus lebih suka buku digital manakala 25.4 peratus memilih buku fizikal.

Selain itu, Limelight Networks berkata komputer riba dan komputer meja merupakan teknologi terpenting kedua bagi responden Malaysia dengan 43.4 peratus daripada mereka tidak boleh hidup tanpanya.

Berdasarkan laporan itu, muzik juga merupakan kandungan dalam talian yang paling banyak diakses di Malaysia, diikuti dengan filem atau rancangan televisyen dan aplikasi.

Laporan itu berdasarkan maklum balas daripada 5,000 pengguna di 10 negara berumur 18 tahun ke atas yang telah memuat turun perisian atau streaming video atau muzik dalam talian pada bulan lepas.

Sumber : VitDaily

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top