Connect with us

Featured

Resipi Bayam Celup Tepung Sedap!

Ada sesetengah orangyang liat nak makan sayur, terutamanya kanak-kanak. Bagi yang tengah mencari idea, mungkin boleh cuba bayam goreng tepung yang dikongsikan oleh Puan Widya Wati ini.

Menurut beliau, kudapan inilah favourite mereka sekeluarga kerana ia rangup macam kerepek. Walaupun dulu tak suka sayur, kalau rasa bayam goreng crispy ni sekali mesti terus jatuh cinta.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

 BAHAN-BAHAN
  • Daun bayam
  • Tepung beras 1 cawan
  • Tepung ubi 4 sudu makan
  • Bawang putih 3 biji
  • Bawang merah 1 biji
  • Ketumbar 1 sudu teh
  • Garam / Kiub pati ayam / Perasa (Secukup rasa)
  • Telur 1 biji

CARA-CARA

Ini cara nak buat bayam goreng crispy langkah demi langkah.

1. BASUH BAYAM

Mula-mula cuci daun bayam bersih-bersih. Kemudian toskan hingga agak kering.

2. TUMBUK BAWANG & KETUMBAR

Seterusnya, tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan ketumbar. Ketepikan dalam satu bekas.

Jika suka pedas boleh tambahkan cili padi pada bahan yang ditumbuk tadi.

3. BANCUH TEPUNG

Kemudian, bancuhkan tepung beras dan tepung ubi dengan sedikit air beserta bahan-bahan yang ditumbuk tadi.

4. GORENG

Bila dah siap, boleh terus panaskan minyak dalam kuali.

Celupkan daun bayam ke dalam tepung dan gorengkan sehelai demi sehelai daun bayam guna api sederhana kecil.

5. SIAP!

Macam biasa, tunggu hingga kekuningan. Angkat dan toskan lebihan minyak. Siap untuk dihidang.

Sumber: Sirap Limau

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect