Connect with us

Hiburan

Rita Rudainai Muat Naik Gambar Anak Sakit, Netizen Tag Aidil Zafuan

Kalau mengikut apa yang dikemas kini Rita Rudaini di Instagramnya, sudah masuk lima hari anaknya Airit Qaqa Arjuna demam.

Bermula dari demam tengah malam dan dibawa ke klinik, terbaru, Arjuna dimasukkan pula ke hospital.

Ramai netizen meminta supaya bapa Arjuna, pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan supaya dapat meluangkan masa melawat anaknya yang sakit itu.

“Aidil Zafuan, tengoklah pic anak ni tengah sakit. Takkan tak terjentik sikit pun hati seorang bapa tengok anaknya yang sedang sakit?” tulis @junaidah_94

“Siannya kat adik ni. Ada ayah tapi tak pedulikan anak. Tergamak betul rasa. Tanpa belas kasihan kat anak ni,” tulis @ Sya-keyrah

Pada masa yang sama, selain nama Aidil Zafuan, ada juga netizen yang turut meletakkan tanda nama Instagram mereka yang berkaitan seperti Ayu Raudhah, Rozita Che Wan dan Zaquan Adha namun diminta tidak berbuat demikian oleh Rita.

“Tak payah tag dorang tu. Kita orang ada keluarga sendiri dan lagipun kita orang dah lama survive sorang-sorang.

“Kesusahan kami Tuhan gantikan dengan kegembiraan yang lain,” balas Rita.

Netizen juga turut meninggalkan komen mereka di Instagram Aidil Zafuan.

“Jenguk anak bro.. Walaupun dah cerai dia tetap anak darah daging sendiri,” tulis @_ardahhhhh.

“Anak sakit. Tolong la jenguk sat. Kesian anak lahai. Darah daging kot,” tulis @shueariff.

 

Difahamkan ketika ini Aidil Zafuan berada di Jepun mewakili JDT dalam Liga Juara-Juara AFC 2019.

Rita dan Aidil bercerai pada tahun 2013 dan mempunyai dua orang anak bersama, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Kredit Gambar: Instagram

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect