Hiburan

Rita Rudaini Turut Terkena Tempias Isu Izreen Azminda

Hanya kerana menjadi kawan kepada Izreen Azminda, nampaknya Rita Rudaini turut menjadi mangsa kecaman warga laman sosial yang masih tidak move on lagi dengan perkara yang menimpa isteri pertama suami Izreen, Intan Liana.

“Memang kami berkawan, namun tidaklah sampai hal peribadi pun saya hendak masuk campur. Apabila kita sudah memberikan nasihat, yang selebihnya terpulang pada individu itu sendiri”

“Saya sendiri pernah berdepan dengan kecaman daripada netizen, jadi hadapilah (kesan daripada) tindak-tanduk kita sendiri. Janganlah buat orang yang tiada kena mengena terpalit sama pula,” jelasnya kepada BH Online.

Tambah Rita lagi, apabila dia berdiam diri, lama kelamaan perkara tersebut menjadi semakin tidak terkawal namun bagi Rita, dia berharap agar warga laman sosial tidak mudah menghakimi situasi tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Perkara sebegini bukan saja memberi kesan buruk kepada saya, malah anak-anak juga turut terkena kesannya. Mereka semakin membesar dan sudah pandai membaca,” ujarnya lagi.

Sumber : BH Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top