News

Satu Dunia Akan Dapat Wifi Percuma?

Dipetik daripada China Daily, sebuah syarikat dari Shanghai yang memfokuskan kepada internet jalur lebar kini dalam perancangan untuk memberikan akses internet secara percuma kepada semua manusia.

Wang Jingying, CEO syarikat LinkSure Network berkata, sebanyak 3 billion Yuan (kira-kira RM1.8 billion) akan dilaburkan untuk melancarkan satelit pertama yang dikenali sebagai LinkSure-1 selewat-lewatnya tahun depan.

lancar 272 satelit ke angkasa untuk bagi wifi free kepada satu dunia

Satelit yang mungkin dilancarkan terus dari Jiuquan Satellite Launch Center di daerah Gansu itu akan diikuti dengan 10 lagi setelit pada tahun 2020 dan 272 setellit lagi sehingga tahun 2026.

Menurut Wang, beliau percaya dengan adanya perkhidmatan seperti ini, lebih ramai yang akan mendapat akses internet diseluruh dunia.

lancar 272 satelit ke angkasa untuk bagi wifi free kepada satu dunia

Sumber: China Daily

Popular

To Top