Connect with us

Hiburan

“Sayang Foto Ni Nampak Mama Gemuk”- Komen Almy Nadia Tapi Ini Jawapan Sweet Fizz Fairuz

Pelakon Datin Almy Nadia ‘tidak puas’ hati dengan foto dimuat naik suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang menampakkan bentuk badannya berisi.

Almy menyuarakan isi hatinya menerusi ruangan komen di akaun Instagram Fizz semalam.

“Sayang gambar ni nampak mama gemuk, tak baik tau. Eeeee, Ariana la ni buat lawak,” komennya.

Namun apa yang menarik adalah balasan komen yang diberikan oleh Fizz kepada isterinya itu sungguh manis.

“@fizzalmy rilex, ini gambar sebelum treatment pantang, now dah lain okay,” tulisnya.

Melihat komen tersebut, rata-rata peminatnya terharu melihat layanan Fizz terhadap isterinya dan mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

“@fizzalmy gemuk tetap suami sayang kak… Happy for u… Selamat slim later,” tulis @intan.cida

“@fizzalmy @fizzfairuzofficial janji keluarga bahagia dan suami sayang isteri… Suami tak komplen pon gemuk… Sama-sama berpadu bersemngat dan bagi dorongan kat isteri… Tak macam my hubby kata gemuk perut buncit!! Uwawa,” komen @syahara_sya_mukhtar

Almy mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, Aurora, 1 dan Nurafrina Ayra yang dilahirkan pada Disember lalu.

Popular

Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebar

Trending

Neelofa Tersalah Muat Naik Gambar Tidak Berhijab

Hiburan

“Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini

Trending

Pertama Kali Dalam Sejarah Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik

Hiburan

Connect