Connect with us

art

Sekumpulan Pelajar Malaysia Berjaya Memenangi Festival Seni Barcelona

Sekumpulan pelajar Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP) mengharumkan nama negara apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Festival Antarabangsa Monolit di Barcelona, ​​Sepanyol pada hari Rabu lepas.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan pertama bagi pihak sekolah seni Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pelajar SSeMP mempersembahkan tarian Mek Mulung dan Jikey yang dibantu oleh peralatan muzik tradisional membuatkan mereka meraih penghormatan tertinggi dalam Pertandingan Tarian, Lagu, Alat Muzik dan Pertandingan Genre Asal.

Selain itu, rutin tarian bagi lima pelajar SSeMP menggunakan gendang dan gong berhasil apabila mereka menerima hadiah istimewa bagi pertunjukan cemerlang pada 1 November lepas di Lloret de Mar.

“Kami tidak pergi ke sana untuk menang, tetapi saya gembira kami semua melakukan yang terbaik dan ia sememangnya kejutan manis dengan kemenangan,” ujar salah seorang pelajar SSeMP, Destina Nashirma.

Penolong guru seni dan kebudayaan SSeMP, Zuraini Abdullah berharap kemenangan tersebut dapat dijadikan semangat untuk sekolah-sekolah seni lain serta bagi impak positif dalam diri mereka.

“Saya berbangga menunjukkan kebudayaan kita dalam bentuk tarian, dengan para pelajar memainkan alat muzik tradisional,” jelasnya sebelum mengakhiri perbualan.

Tarian tradisional takkan lenyap jika kita mewarisinya kepada anak dan cucu kita nanti supaya mereka dapat mempraktikkannya pada masa akan datang.

Sumber: New Straits Times

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebar

Trending

Neelofa Tersalah Muat Naik Gambar Tidak Berhijab

Hiburan

“Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini

Trending

Pertama Kali Dalam Sejarah Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik

Hiburan

Connect