Connect with us

Hiburan

Selepas Dikecam, Normah Mohon Maaf Isu Tarian Lucah di Majlis Kahwin Anaknya

Selepas dikecam ramai susulan menampilkan ‘maknyah’ menari aksi lucah ketika acara makan beradab majlis perkahwinan anaknya Sabtu lalu, pelakon veteran Normah Damanhuri tampil memohon maaf melalui satu rakaman video di laman Instagramnya, hari ini.

“Saya terlebih dulu memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan majlis perkahwinan anakanda, Ahya dan pasangannya.

“Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan ‘paper doll’ itu sepatutnya persembahan tarian tradisional, ‘miming’, lawak jenaka, gurau santai dengan tetamu dan ala Bollywood.

“Tapi tak sangka pula pakaian mereka keterlaluan untuk majlis perkahwinan,” katanya.

Normah mewakili keluarganya sekali lagi memohon maaf di atas insiden yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati serta tidak mengulanginya, selepas ini.

Sabtu lalu, tular video rakaman seorang penari lelaki menyerupai wanita separuh bogel menari aksi lucah membuat persembahan ketika acara makan beradab pada majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahya Rosli dan pasangan, Shahirah Sanusi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Video tular itu dipercayai dimuat naik oleh kakak Ahya, Liana Rosli yang dikenali sebagai Kak KM dalam kalangan pengikut laman sosial di ruangan Instastory miliknya.

Sumber : Harian Metro

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect