Connect with us

Hiburan

Semua Keputusan Pemenang AJL-33, Lagu ‘Haram’ Muncul Juara

Lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Menjulang trofi dalam saingan yang disifatkan cukup sengit, lagu yang dendangan Hael dan Dayang Nurfaizah itu melayakkan Haram membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi  lagu Bunga dendangan Ara Johari yang meriah hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000  dan trofi.

Misha meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Lagu lain yang bersaing di pentas AJL 33 adalah Semakin (Siti Sarah); Kau Pun Sama (Syamel) dan Luluh (Khai Bahar).

Siti Sarah membuat persembahan pada malam AJL 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. – NSTP/Eizairi Shamsudin

Syamel membuat persembahan pada malam AJL 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. – NSTP/Eizairi Shamsudin

Kumpulan DeFam membuat persembahan pada malam AJL 33. – NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Turut bersaing adalah Bunga (Altimet); Jatuh Bangun (Haqiem Rusli menampilkan Aman Ra); Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer); Hajat (Hael) dan Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor).

Persembahan 12 finalis diadili 10 juri profesional daripada pelbagai latar belakang bidang muzik. Mereka adalah adalah Datuk Mokhzani Ismail; Manan Ngah; Datuk Wah Idris; Ajai; LY; Faizal Uzir (Lok U); Helen Yap; AG Coco dan Adi Priyo.

Komposer dan penyanyi, Azmeer bertindak sebagai ketua juri.

AJL 33 diserikan persembahan kumpulan Search; DJ Fuzz; Sarah Suhairi; Ismail Izzani dan Nabila Ali; Nico; Juzzthin; Balan; Lil’ J; Zizi Kirana; Aman Ra; Joe Flizzow; Sonaone dan Alif.

Acara anugerah berprestij itu mengekalkan hos yang sama iaitu Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Lebih tiga dekad penganjurannya, AJL bertujuan memartabatkan industri muzik dengan memberi pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik.

Ara Johari membuat persembahan pada malam AJL 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. – NSTP/Eizairi Shamsudin

Misha Omar membuat persembahan pada malam AJL 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. – NSTP/Eizairi Shamsudin

Info

Keputusan:

Juara: Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Naib Juara: Bunga – Ara Johari

Tempat ketiga: Sampai Bila – Misha Omar

Vokal Terbaik: Misha Omar

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi membuat persembahan pada malam AJL 33. – NSTP/Eizairi Shamsudin

Penyanyi, Wany Hasrita dan Ernie Zakri sebak ketika menonton persembahan Sufian Suhaimi. – NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Penyanyi bertanding AJL 33

• Khai Bahar – Luluh (komposer dan penulis lirik Khai Bahar)

• Haqiem Rusli menampilkan Aman Ra – Jatuh Bangun (Haqiem Rusli/Omar K/Ikhwan • Fatanna dan lirik Haqiem Rusli/Omar K/ Ikhwan Fatanna/Aman Ra)

• Syamel – Kau Pun Sama (Syamel, Kidd Santhe/DJ Biggie of Monster Sound dan lirik Syamel)

• Amylea X Kaer – Tak Pernah Hilang (Farouk Roman dan lirik Amylea)

• Hael Husaini – Hajat (komposer dan lirik Hael Husaini/Ezra Kong)

• Siti Nordiana dan Jaclyn Victor – Nisan Cinta (Hael Husaini/Mike Chan/Ezra Kong dan lirik • Hael Husaini Mike Chan/Ezra Kong)

• Sufian Suhaimi – Di Matamu (Komposer dan lirik Sirkhan/Rinkarnaen)

• Altimet (digantikan DeFam) – Bunga (Omar K/John Jeevasingham dan lirik Altimet)

• Siti Sarah – Semakin (Komposer dan lirik Mera Utama)

• Ara Johari – Bunga (Hang Nadim/Laq/Kadok dan lirik Hang Nadim)

• Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah – Haram (komposer dan lirik Hael Husaini/Ezra Kong)

• Misha Omar – Sampai Bila (Sharon Paul dan lirik Fedtri Yahya/Shah Shamshiri)

Sumber : Berita Harian

Popular

“Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?” – Shahrol Shiro

Hiburan

Nabila kecewa video lagu baharu ‘tiada tontonan’

Hiburan

Ganja Mempengaruhi Tahap Kesuburan Lelaki?

Gaya Hidup

Pilih ‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah … #5 Paling Touching!

Trending

Connect