News

Stephen Hawking Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

Pakar fizik terkenal Britain, Profesor Stephen Hawking meninggal dunia pada usia 76, hari ini.

Pengumuman terbabit dibuat oleh jurucakap keluarganya.

“Kami sangat sedih kerana bapa tersayang kami meninggal dunia hari ini,” kata anak-anak Hawking, Lucy, Robert dan Tim dalam satu kenyataan.

Pada usia 22 Prof Hawking menghidap penyakit saraf yang jarang berlaku dan hanya diberikan hanya beberapa tahun untuk hidup.

Penyakit itu menyebabkan beliau hidup di atas kerusi roda tidak dapat bercakap.

Hawking adalah saintis genius yang menghabiskan seluruh hidupnya meneroka rahsia alam semesta.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top