Connect with us

Inspirasi

Syed Saddiq Tersenarai 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Di Dunia

Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, 25 tahun, tersenarai dalam 20 anak muda paling berpengaruh di dunia “100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government” terbitan Apolitical.

apolitical.co

Berikutan itu, Ketua Sayap Pergerakan Pemuda PPBM (Armada) dan Ahli Parlimen Muar itu juga merupakan antara dua wakil dari Asia yang berjaya dinobatkan dalam senarai 20 teratas dunia bersama Menteri Teknologi Maklumat & Pembangunan Luar Bandar India, Andra Pradesh.

Difahamkan, ia adalah salah satu usaha Apolitical untuk meraikan peranan belia bawah 35 tahun dalam pembikinan dasar kerajaan yang menyenaraikan 100 anak muda paling berpengaruh kepada kerajaan dari seluruh dunia.

“Belia tidak seharusnya dipinggirkan, tetapi keutamaan dalam proses pembinaan negara,” ujar Saddiq.

Selain itu, Apolitical juga memberi perhatian terhadap usaha Syed Saddiq yang cuba mengubah umur layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Antara individu yang turut tersenarai ialah Datuk Bandar termuda dalam sejarah Amerika Syarikat, Michael Tubbs, Senator termuda Kenya, Naisula Lesuuda dan Timbalan Perdana Menteri Itali, Luigi di Maio.

Untuk pengetahuan anda, Apolitical adalah organisasi berpangkalan di London yang menyatukan penjawat awam dan pembuat dasar di 140 buah negara.

Sumber: Astro Awani

Popular

Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebar

Trending

Neelofa Tersalah Muat Naik Gambar Tidak Berhijab

Hiburan

“Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini

Trending

Pertama Kali Dalam Sejarah Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik

Hiburan

Connect