Connect with us

News

Telefon Bimbit Punca Maut Dipanah Petir

Maut akibat telefon bimbit.

Itu yang dipercayai berlaku ke atas seorang pemain bola sepak yang dipanah petir ketika menggunakan telefon bimbitnya.

Tiga rakannya turut cedera terkena panahan petir berkenaan.

Kejadian berlaku Padang Bola Sepak Akademi Badminton, di sini, pada Ahad petang.

Menurut penyelaras padang, Zainizam Zambri, 38 tahun, yang juga saksi kejadian, dia telah mengarahkan perlawanan bola sepak dihentikan kira-kira jam 4.40 petang, akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Ketika itu dua pemain bola sepak warga Myanmar dari RK FC dan tiga penyokong mereka berada di tengah padang.

Sejurus sebelum dipanah petir, mangsa dilihat menggunakan telefon bimbit ketika berada di padang.

Namun, 10 minit kemudian, dia terdengar bunyi dentuman yang kuat, sebelum melihat mangsa dan rakannya terpelanting.

Insiden itu menyebabkan seorang lelaki Rohingya yang merupakan penyokong, Rohimullah, 19 tahun maut di tempat kejadian.

Ketika itu, mangsa dilihat dalam keadaan sudah terbakar manakala telefon bimbit miliknya ditemui berhampirannya dalam keadaan rosak teruk.

Orang awam dan pemain bola sepak lain yang melihat kejadian berkenaan, kemudian bergegas memberikan bantuan CPR kepada tiga lagi mangsa yang cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya rasa punca utama mangsa disambar petir adalah kerana menggunakan telefon bimbit.

“Selepas kejadian, telefon itu terbakar dengan keadaan bateri terbuka. Baju dan seluar mangsa juga terbakar,” kata Zainizam.

Dia mendakwa, telah memberi amaran berulang kali kepada kesemua pemain dan orang awam untuk mengosongkan padang namun mereka berdegil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd salleh berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, keadaan tiga mangsa yang cedera, iaitu Abdul Rahman Abul Hussin, 30 tahun, tidak sedarkan diri manakala dua lagi mangsa, Kamaluddin Abu Tahir, 30 tahun dan Hussein Ahmad Asod Ali, 20 tahun, masih mendapat rawatan di hospital tersebut.

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect