Inspirasi

Terima Hidayah Semasa Dalam Penjara

Siapa sangka, hikmah di sebalik memeluk agama Islam semasa dalam penjara menemukan jodohnya dengan seorang wanita berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Seorang saudara baru, Muhammad Adam Abdullah, 31 tahun, baru saja bernikah dengan Sofia Mohd Taufik, 24 tahun, di Majlis Maulidur Rasul dan Raikan Cinta di AADK Kuala Pilah, semalam.

Mengimbau kembali detik-detik berharga buat Adam ketika dia memeluk Islam, dia bermimpi dua kali mengenai seorang lelaki tua berjubah putih, mengejut lalu mengajaknya solat Subuh di sebuah surau yang sangat indah.

“Keesokan hari, saya bertemu warden dan menceritakan berhubung mimpi itu. Warden bertanya kepada saya adakah saya ingin memeluk Islam. Saya terus jawab, setuju,” ujarnya.

Bercerita mengenai detik perkenalan Adam dan Sofia, mereka berkenalan melalui bapa saudara Sofia yang juga merupakan seorang mualaf.

Menurut Sofia, bapa saudaranya mengenali Adam melalui kelas agama di masjid sebelum mereka berdua diperkenalkan olehnya.

“Sebelum mendirikan rumah tangga, Adam berterus terang dengan saya tentang sejarah hidupnya. Sikap jujurnya telah membuka hati saya untuk memilih dia menjadi peneman hidup buat selamanya serta membimbing saya kepada kebaikan,” katanya.

Semoga jodoh mereka berdua berpanjangan hingga ke syurga dan berbahagia selamanya.

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top