Connect with us

News

Tik Tok Diharamkan di India

TIKTOK, aplikasi perkongsian video dengan lebih setengah bilion pengguna di seluruh dunia, telah disekat di India selepas mahkamah memutuskan ia berpotensi mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan yang tidak sesuai.

Aplikasi itu, yang sangat popular di kalangan remaja, sudah tidak dapat dimuat turun dari Apple dan Google, malah ia dikatakan telah dibuang dari kedua-dua platform berkenaan pada Selasa, lapor CNN.

 Langkah ini bagaimanapun tidak menjejaskan puluhan juta pengguna sedia ada di India tetapi ia boleh menjadi masalah besar bagi pemilik TikTok, Bytedance kerana pengharaman itu akan berkemungkinan menyekat perkembangannya memandangkan India merupakan pasaran yang paling pesat berkembang di dunia.

Kerajaan India dilaporkan meminta Apple dan Google untuk menyekat TikTok selepas mahkamah tinggi di Madras mengeluarkan amaran yang ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pedofilia, kandungan lucah dan buli siber.

Kementerian Teknologi India belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi buat masa ini.

Sumber : Awani.com

Popular

Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Trending

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

Gambar Tidur Aliff Aziz Bersama ‘Gadis Seksi’ Tersebar di Media Sosial?

Trending

Connect