Animals

Tingkap Kereta Terpaksa Dipecahkan Untuk Selamatkan Anjing

Seorang pegawai dari Ontario Society for the Prevention of Cruelty to Animals (OSPCA) terpaksa memecahkan tingkap untuk menyelamatkan anjing yang ditinggalkan di dalam kereta.

Tindakan tersebut dilakukan oleh pegawai tersebut selepas menerima satu panggilan tentang seekor anjing yang terperangkap dalam kereta. Apabila pegawai itu tiba, dia segera memeriksa suhu di dalam kereta tersebut. Setelah pegawai tersebut membaca suhu yang mencapai 45 darjah Celsius (113 darjah Fahrenheit), dia terus membuat keputusan untuk memecahkan tingkap di bahagian penumpang.

Anjing itu kelihatan ketakutan pada mulanya, tetapi ia berjaya diselamatkan daripada kematian disebabkan kepanasan.

Walaupun tuan kereta tersebut akan menanggung kos kerugian, namun nyawa haiwan kesayangannya lebih bernilai daripada itu.

Sumber : NTDTV

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top