fbpx
Now Reading
9 Tips Apabila Berada Di Maldives

9 Tips Apabila Berada Di Maldives

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut Maldives, mesti korang terus terbayang laut biru dan pasir putih malah ia menjadi salah satu destinasi idaman untuk berbulan madu. Tambahan pula bila anda melihat gambar-gambar artis yang pernah bercuti ke Maldives seperti Hanis Zalikha dan Nabila Huda. Makin menggoda iman untuk check tiket flight dan cari pakej ke sana.

Satu posting yang telah dikongsikan oleh Nur Syafinaz yang telah bercuti ke Maldives bersama suami menarik perhatian netizen kerana wanita ini juga telah memberikan beberapa tips apabila berada di Maldives.

 

Berikut tips yang diberi oleh Nur Syafinaz.

1- Kalau nak hotel dengan harga murah,boleh contact direct melalui email or phone call. (Kalau melalui laman web selalunya akan jadi mahal sebab charge)

2- Untuk activiti di sana better walk in atau book melalui hotel. Walk in kelebihannya boleh tawar menawar. Orang Maldives sangat baik hati baru jumpa pun sembang macam kawan lama.

3- Sebolehnya jangan stay di hotel area Male (ibu negera Maldives). Katanya ada sedikit keserabutan di situ kerana politik. Tu orang Maldives yang bagi nasihat. Tapi di area lain semua selamat. Kereta tak banyak. Moto ja. Pulau tak besar sangat. Jalan kaki or berbasikal pon boleh round satu pulau.

4- Banyak barangan di kedai runcit import dari macam2 negara luar termasuk malaysia. Maggi pon ada jual hehe. Sos chili pon malaysia. Cuma harganya sedikit mahal ok. Depa pon ada GST.

5- Hotel mana2 pon harga tinggi disebabkan beberapa tax yang dikenakan oleh kerajaan Maldives untuk pelancong.

*Tax 12%
*Environment fee USD 3 (per person)

6- Lautan bergelora setiap masa! Dari satu pulau ke pulau lain, kena naik speedboat. Tau tak Maldives dikelilingi laut yang tak ada penghujung. Tak ada negara lain yang tolong tapis angin. So, nak gi local island ke resort ke snorkling ke scuba diving ke memang akan meredah laut gelora yang ombaknya kadang lebih tinggi dari boat tau. I pon menangis (dalam hati) tau masa dalam boat sebelum sampai setiap destinasi. Kalau yang jenis mabuk laut, pikir pikir kan la? bawak ubat mabuk ke ubat tidor ke?xtau lah ape yg sesuai.

7- kitorang bawak jugak sikit instant food Brahim untuk jimat cost di sana. Hotel kitorang dah include breakfast dan fullday aktivity dah include lunch. Tinggal untuk dinner jela.

8- keep in mind- pembangunan sedang giat dijalankan.

9- Sunblock jangan dilupakan. Kalau tak, merana lah kulit anda.

Semoga tips yang diberikan boleh anda gunakan kalau nak melancong ke Maldives!

Sumber : Nur Syafinaz

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.