fbpx
Now Reading
Resipi & Cara Buat ‘Homemade’ Ais Krim

Resipi & Cara Buat ‘Homemade’ Ais Krim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Terdapat banyak cara dan resipi untuk buat ais krim di rumah dan sebenarnya memang sangat mudah cara untuk buat aiskrim homemade ni. Lebih menarik lagi sebab anda boleh menambah bahan bahan lain dan juga mengawal tahap kemanisan mengikut cita rasa anda.

Berikut adalah perkongsian dari Facebook Nur Hidayah yang berkongsi resepi aiskrim tanpa menggunakan telur. Reseipi ini mudah dan sedap untuk dibuat sendiri dirumah.

Bahan-bahan Resipi Aiskrim

  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu bersar ovelatte atau ovalatte
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 penutup esen vanilla

Cara-cara Membuat Aiskrim

Cara membuat aiskrim dengan campurkan semua bahan. Anda boleh menggunakan mixer, blender atau food processor. Gaulkan lebih kurang 15 minit sampai pekat dan likat. Kadang-kadang, tak sampai 15 minit pun sudah likat.

Jika guna blender, anda disarankan untuk buat sukatan seteparuh-separuh. Maksudnya buat setengah tin susu cair dan setengah lagi bahan-bahan lain. Lepas itu, buat lagi setengah sebab bila anda menggunakan blender, dia akan mengembang dan takut jika ia melimpah keluar blender.

Kemudian, bahagikan ikut perisa apa yang anda mahu. Nur Hidayah bahagikan kepada dua bahagian saja seperti gambar diatas.

Selepas itu, anda boleh hias dan letak topping aiskrim. Apabila sudah berpuas hati, masukkan aiskrim di dalam peri sejuk selama 24 jam. Jika anda letak lagi lama, aiskrim akan jadi lagi sedap!

Dan akhir sekali, sedia untuk dimakan! Kalau nak lagi sedap, anda boleh makan dengan roti atau kon yang dijual di pasar raya.

Selamat mencuba!

Sumber: Media Maklumat

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.