fbpx
Now Reading
5 Tips Travel Yang Penting Untuk ‘Newbie’

5 Tips Travel Yang Penting Untuk ‘Newbie’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang pasti mengimpikan untuk melancong sambil mengelilingi dunia tetapi bukan mudah untuk membuatkan ianya jadi kenyataan.

Jika mahu melancong, banyak perkara perlu dilakukan sebagai persediaan dan untuk anda yang baru saja mula melancong, berikut merupakan lima tips penting anda boleh ikuti:

1. Lokasi yang mudah

Pastikan anda mencari destinasi yang mudah dilawati terutama dari segi pengangkutan, penginapan, makanan dan sebagainya. Cari lokasi yang anda sudah tahu banyak maklumat mengenainya daripada rakan-rakan atau keluarga.

2. Beg yang sesuai

Bawa beg galas belakang lebih berbaloi daripada anda bawa beg roda kerana beratnya akan bertambah apabila hendak pulang ke tanah air nanti. Jika bawa beg galas, anda juga tidak perlu risau untuk mendaki hingga sampai ke tempat penginapan.

3. Bawa pakaian penting sahaja

Sesetengah wanita suka membawa pakaian lebih dari yang secukupnya dan ia hanya akan memberatkan beg anda serta tidak cukup ruang untuk meletakkan barang lain. Usah risau, terdapat servis cuci pakaian di hotel yang boleh membantu anda.

4. Backup data

Kita harus sentiasa berjaga-jaga ketika melancong untuk mengelakkan kehilangan telefon bimbit atau kamera. Oleh itu, anda boleh membuat simpanan back up untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

5. Aplikasi penting untuk memudahkan perjalanan

Sebenarnya, terdapat beberapa aplikasi yang boleh membantu anda untuk memudahkan perjalanan. Dengan teknologi canggih hari ini, anda boleh memuatnaik aplikasi seperti Google Translate, Google Map, arah kiblat dalam telefon pintar anda.

Sumber: MyNewsHub

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.