fbpx

Tiada Pepper Spray Dalam Beg? Jom DIY Sendiri!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan jenayah sering menjadikan wanita sebagai sasaran kerana golongan ini dilihat lemah di mata penjenayah. Wanita harus memiliki sesuatu barang yang boleh digunakan jika diserang tanpa diduga.

Pepper spray amat sesuai dijadikan alat pertahanan diri bagi wanita kerana ia membantu mereka untuk menyelamatkan diri ketika diserang.

Seorang warga laman Facebook, Marry Ferjel Babasa, berkongsi cara-cara untuk membuat DIY pepper spraySenangnya!

Anda hanya perlukan satu botol spray kosong bersaiz kecil atau sederhana, beberapa tangkai cili padi dan sedikit air sahaja.

Cara-cara

– Cili dipotong kecil-kecil.

– Masukkan cili ke dalam botol spray.

– Kemudian, masukkan air ke dalam botol.
– Siap! ????

Sumber: Fb Marry Ferjel Babasa

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.