fbpx
Now Reading
5 Makanan Yang Anda Kena Elakkan Selepas Makan Durian

5 Makanan Yang Anda Kena Elakkan Selepas Makan Durian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Durian atau nama saintifiknya Durio Zibenthinus, memang menjadi kegilaan peminat buah-buahan tempatan. Selain rasanya yang memang sedap , Raja buah ini juga antara buah-buahan yang paling banyak mengandungi khasiat dan manfaat . Bukan saja boleh menguatkan tulang-tulang dan gigi kita , durian juga mampu mengubati Insomnia, merawat anemia, tekanan dan banyak lagi.

Namun tahukah anda disebabkan nutrisi yang terlalu banyak didalamnya , terdapat beberapa jenis makanan yang sebenarnya tidak boleh kita makan bersama durian.

Gabungan makanan yang tidak sesuai dengan durian.

1. SUSU

Tekanan darah kita akan meningkat tinggi sekiranya kita mengkomsumsi durian dan susu dalam masa yang dekat. Ini kerana kedua-dua makanan ini mengandungi  sulfur yang sama , dikhuatiri  badan memerlukan masa yang lama untuk menyakhoksik.

2. KOPI

Kafein pada kopi sebenarnya membuatkan jantung kita berdegup lebih pantas. rangsangan pada jantung ini bila dicampur dengan kandungan potasium dalam durian akan menyebabkan kemudaratan pada jantung

3. TERUNG

Sama seperti kopi , terung juga akan menaikkan suhu badan manusia. Jadi gandingan terung dan durian bukanlah satu benda yang baik.

4. KETAM

Sebut saja ketam, pasti ramai yang tahu bahawa ketam adalah makanan seafood yang mengandungi kolestrol yang tinggi . Gabungan ketam dengan durian yang mengandungi karborhidrat dan lemak yang tinggi bukan kah memudaratkan?

5. DAGING LEMBU dan KAMBING

Daging dua haiwan ini akan memberikan kesan panas pada suhu badan kita . Jadi sebaiknya elakkan memakan daging-daging ini sekiranya anda berhasrat atau baru sahaja menjamah durian. Kombinasi kedua-dua ini akan membuat badan anda keradangan atau inflamasi.

Jadi pastikan anda elakkan 5 makanan sewaktu mengkonsumsi durian bagi mengelakkan masalah yang kita tidak akan jangka seperti pening, mual , dsb.

Apa-apa pun perkara yang terbaik boleh kita lakukan adalah makan durian dalam kadar yang sederhana.

Sebaiknya makan sedikit yang boleh. Pastikan juga air kosong diminum dengan  banyak kerana kandungan gula yang  tinggi boleh menyebabkan dehidrasi , lagi – lagi sekiranya durian dikonsumsi dengan kuantiti yang banyak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.