fbpx
Now Reading
Isu Jerebu, Kementerian Kesihatan Keluarkan 10 TIPS Jaga Kesihatan Semasa Jerebu

Isu Jerebu, Kementerian Kesihatan Keluarkan 10 TIPS Jaga Kesihatan Semasa Jerebu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan yang Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin membimbangkan sehingga menyebabkan hampir 145 sekolah di sekitar Selangor dan 63 di Port Dickson diarahkan tutup. Sebelum ini 275 sekolah di Sarawak juga telah ditutup demi keselamatan pelajar, sehubungan itu  Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan 10 langkah pencegahan kepada orang ramai.

#1 Kurangkan aktiviti fizikal di luar(outdoor).  Aktiviti fizikal akan menyebabkan  peningkatan kadar pernafasan, ini akan menyebabkan risiko penyakit akibat dari jerebu lebih mudah menyerang.

#2 Tangguhkan sebarang aktiviti fizikal di luar sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100

#3 Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) jika memerlukan anda untuk keluar, pastikan penutup hidung dan mask yang sesuai digunakan

#4 Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu dari masuk ke dalam kawasan rumah atau bangunan

#5 Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan seperti merokok . Sentiasa  bersihkan persekitaran dalaman.

#6 Gunakan pendingin hawa semasa memandu dan pastikan  memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.

#7 Banyakkan minum air kosong  walaupun tidak dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

 #8 Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/air purifier) yang berkecekapan tinggi  di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

#9 Sentiasa memantau kesihatan anak-anak kecil dan  mereka yang menghidap penyakit respiratori dan  jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

#10 Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut memamklumkan yang orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu di laman kementeria kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183

“Kementerian Kesihatan dengan kerjasama rapat agensi-agensi berkaitan akan terus memantau keadaan jerebu dan juga keadaan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kementerian.”

“ Orang ramai juga disaran mengikuti perkembangan  perkembangan semasa jerebu di laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html mengenai status jerebu di kawasan atau daerah masing-masing

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.