Connect with us

News

TMJ ucap terima kasih kepada Tun M

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap hubungan baik antara Johor dan Kerajaan Persekutuan akan sentiasa terjalin bagi membantu pembangunan negara yang lebih maju di masa hadapan.

Perkara itu merujuk kepada pertemuan tertutup ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilakukan di Istana Bukit Serene di sini, kelmarin.

“Assalamualaikum @chedetofficial (Twitter rasmi Tun Mahathir), saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kerana melawat Johor dan menghadap Baginda Sultan.

“Saya berharap kita boleh bekerjasama dan bergerak ke hadapan untuk pembangunan negara di masa hadapan,” katanya menerusi akaun Twitternya, hari ini.

Dalam tweet yang sama, Tunku Ismail turut mendoakan kesejahteraan dan selamat maju jaya kepada pemimpin negara berusia 93 tahun itu.

Kelmarin, media melaporkan Dr Mahathir selamat tiba di Istana Bukit Serene, di sini bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pertemuan itu kali pertama sejak berlakunya pertukaran kerajaan pada PRU14 dan Dr Mahathir kembali memegang jawatan Perdana Menteri.

Khamis lalu, perdana menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada jam 2.30 petang.

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect