fbpx
Now Reading
Sahabat Tanpa Prejudis

Sahabat Tanpa Prejudis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sumber dari Instagram Satish Ganesh.

Kami terjumpa satu post di facebook yang di kongsikan oleh Nur Walilah tentang kisah sahabat yang akrab walaupun mereka berlainan agama dan bangsa. Sahabat yang baik itu akan prihatin dengan sahabatnya. Ambil berat. Tahu segala masalahnya dan berkongsi cara menyelesaikannya.

Bukannya meninggalkan sahabat terkontang-kanting menderita sendirian. Sahabat yang baik juga akan selalu mendoakan sahabatnya dan mengajak kearah kebaikan. Dua sahabat baik ini bernama Satish Ganesh dan Amin, walaupun kedua-dua mereka berbeza dari warna kulit dan pegangan agama, ianya tidak langsung menjadikan batasan untuk mereka menjalinkan hubungan akrab sebagai seorang sahabat. Ikatan persahabatan mereka terlalu kukuh  tetapi ada satu ketika perhubungan mereka di timpa ujian apabila salah seorang dari mereka yang bernama Amin telah pulang ke rahmatullah akibat kemalangan.

Status ini ditulis sendiri oleh Saudara Satish Ganesh di laman Instagramnya tentang  luahan hati beliau terhadap sahabat baiknya Amin yang telah menghadap Ilahi. Sama-sama kita ambil manfaat dari perkongsian ini.

satish collage

 

“Tido dengan nyenyak ya, aku sangat merindui dirimu, rindu nak degar suaramu! Seorang kawan yang sejati seperti dirimu amat sukar ditemui, Ameen, aku tak sangka kau pergi dulu meen, tapi aku ingat lagi bila ada orang tanya kat kau, kenapa tak pilih kaum sendiri untuk berniaga, dan kau jawab, “bang, dia ni yang terbaik bang, hidup mati saya dengan dia” dan bila kita merancang sesuatu, mesti kau akan libatkan aku, dan kau nak aku ada dalam semua group Whatsapp yang kau ada.Apa-apa kita buat mesti sama-sama kan meen, nak beli kasut sama, baju sama, makan pun makan benda yg sama, indahnya meen hari-hari kita bersama, dan aku ingat lagi, kau cakap dengan aku kau harap tahun ini jadi tahun yg terbaik untuk kita, tapi kau pergi dulu kan, tapi tak apa meen, aku tahu disebalik semua ni ada hikmah, Tuhan nak tunjuk something kat kita meen, walau kau tak ada kat sisi, tapi kau sentiasa dihati meen, apa-apa yang aku buat, aku akan fikir kau, baik buruk, dan semua nasihat kau bagi aku selama ni, akan terpahat dalam hati ni meen, rindunya meen dengan senyuman kau! Meen, aku janji meen, aku akan cuba sedaya upaya untuk jaga semua orang yang kau sayang, keluarga dan kawan-kawan. Walaupun aku tak boleh ganti tempat kau aku buat yg terbaik untuk mereka meen. Kau tengok-tengoklah aku meen ekh, apa yg kita mulakan jangan risau meen, akan ku teruskan perjuangan, itu perjuangan kita yang kata nak berjaya, aku yakin aku boleh meen!

Kini aku boleh terima hakikat yang kau sudah tiada bersama kami, tetapi sayang, aku belum cukup kuat lagi untuk lalui rintangan-rintangan yang sedang aku lalui, berat bila aku lalui seorang diri. Semoga kau tenang disana, dan semoga kau ditempatkan dikalangan mereka yg beriman”!

Perbezaan bangsa dan agama bukan ukuran utama dalam memilih kawan kerana yang penting dalam persahabatan adalah persefahaman dan saling bertolak-ansur antara satu sama lain kerana rakyat Malaysia hidup gembira dalam menjalani kehidupan harmoni.Sayangilah sahabat anda kerana ketahuilah anda sangat bertuah kerana dikurniakan Tuhan seorang sahabat. Kalau anda punyai sahabat, hargailah dia dan terima dia seadanya kerana dia juga manusia seperti kita.

Dan jangan sesekali bersahabat kerana kelebihannya kerana dengan satu kelemahannya, anda mungkin menghindarinya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada saudara Muhd Amin dan semoga jasadnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.