fbpx
Now Reading
“Saya Cuba Tegur, Tapi Mereka Buat Tak Tahu,” Kecewa Lihat Gelagat Remaja Kita Tak Tahu Malu Semasa ‘Hiking’ Bukit

“Saya Cuba Tegur, Tapi Mereka Buat Tak Tahu,” Kecewa Lihat Gelagat Remaja Kita Tak Tahu Malu Semasa ‘Hiking’ Bukit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu moral dan remaja kini dilihat semakin runcing, pelbagai tingkah laku golongan ini kadang-kadang bukan sahaja bertentangan dengan norma hidup sebagai orang Asia, yang terkenal dengan sopan santun dan perasaan malu, malah turut memalukan kalau takpun nama baik keluarga, sekurang-kurangnya diri mereka sendiri.

Isu lumba haram, dadah, berpelesaran dan buang bayi memang sudah manjadi masalah utama golongan remaja kini. Malah, ada yang sanggup membunuh seperti yang kita sedia maklum dengan tragedi tahfiz dibakar sebelum ini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Badrollddin Hamid telah berkongsi pengalamannya yang terserempak dengan sekumpulan remaja umur belasan tahun yang didakwanya berkelakuan tidak sopan selepas mendaki bukit di Kota Damansara. Jom ikuti perkongsiannya sebagai pengajaran untuk kita semua.

Assalamualaikum

Peringatan buat para ibu bapa warga Kota Damansara dan peringatan untuk diri sendiri. Awasi gerak-geri anak kita terutama pada hujung tahun, cuti sekolah dah nak mula.

Gini kesahnya, pada pagi tadi saya bersama sahabat saya Saparuddin Melati hiking di KDCF, Kota Damansara Community Forest.

Setiba saya di puncak Denai 3 Puteri sekitar jam 11 pagi, apa yang membuat saya tergaman apabila terpandang sekelompok budak-budak umur sekitar 13 hingga 15 tahun berada di bawah lereng bukit dan dalam keadan tak sopan.

Memang amat merbahaya, sekiranya tergelincir kebawah tak tau apa jadi. Tebing tu berpuluh kaki tinggi, udahlah kelakuan tak senonoh.

Saya cuba tegur tapi diorang buat tak endah. Saya bukan nak menyibuk, tapi atas rasa tanggung jawab. Masih boleh sama-sama kita cegah sebelum kejadian buruk berlaku.

Waalaikummusalam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.