fbpx
Now Reading
Fattah Dikecam Tak Pandai Ajar Isteri

Fattah Dikecam Tak Pandai Ajar Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pelakon Fattah Amin menemani isterinya, Nur Fazura ke Indonesia bagi mempromosikan filem terbaru lakonan Fazura iaitu Ayat-Ayat Cinta 2.

Pasangan pengantin baru itu kelihatan sungguh mesra dan semakin berani menunjukkan perasaan terhadap satu sama lain sepanjang mereka berada di sana.

Ramai peminat yang begitu teruja melihat kemesraan mereka dan ada juga mempertikaikan pakaian Fazura pada malam itu dianggap agak terdedah kerana menggayakan dress yang menampakkan lututnya dan tidak memakai tudung.

Bukan itu sahaja, segelintir pihak memberi pendapat bahawa Fazura patut menjaga cara pemakaian kerana baru balik dari umrah serta ada yang mengatakan jangan sampai Fattah dilabel sebagai suami dayus.

Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang berfikiran positif dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan Fattzura.

Malah, mereka juga percaya Fattah mampu membimbing Fazura dengan perlahan-lahan untuk menutup aurat.

Biasa la dah nama pun artis pasti tak lari dari dikritik. Bak kata mereka, doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik, fikir yang baik-baik dan buat yang baik-baik.

Sumber: IG Fattah Amin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.