fbpx
Now Reading
“Harap Perbalahan Peminat Fattah, Neelofa Selesai”

“Harap Perbalahan Peminat Fattah, Neelofa Selesai”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata kejadian Fattah Amin tidak muncul di program MeleTOP semalam, mencetuskan pergaduhan diantara peminat beliau dan Neelofa. Ingin meleraikan keadaan, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal menjelaskan tiada isu Fattah mengelak mahu bersemuka dengan bekas kekasihnya itu.

“Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive. Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tapi beberapa minit sebelum kami nak bersiaran secara langsung, dia terpaksa pulang”

“Sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan dielakkan. Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tapi dia tidak dapat hadir secara langsung. Kekeliruan antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai,” jelasnya kepada m Star Online.

Jelasnya, sememangnya Fattah sudah hadir ke set program terbabit bersama Fahrin Ahmad, tetapi terpaksa pulang beberapa minit sebelum rancangan bermula kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Apapun buat masa ini Fattah sendiri masih berdiam diri, harapnya ada penjelasan nanti.

Terdahulu, kecoh laman sosial apabila kehadiran Fattah di program yang di acarakan oleh bekas kekasihnya, Neelofa dibatalkan. Lebih panas lagi apabila pengurus Neelofa meluahkan rasa tidak puas hati yang dipercayai merujuk kepada Fattah di Instastory beliau.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.