fbpx
Now Reading
Linda Hashim, Beego Bawa Anak Tunai Umrah

Linda Hashim, Beego Bawa Anak Tunai Umrah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan Linda Hashim dan Beego telah membawa kedua-dua anaknya Jelita Clarissa, 3, dan Anggun Cassandra, 2, bersama untuk menunaikan Umrah.

Menerusi akaun Instagram (IG), Linda berkongsi fotonya sekeluarga yang kini berada di tanah suci Mekah.

Daripada foto yang dikongsikan Linda dan Beego kelihatan membawa dua puterinya dalam setiap lawatan serta ibadah termasuk ke masjid.

Linda memberitahu dia bersyukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci buat kali ketiga.

Menurut Linda ketika pertama kali dan kedua di tanah suci, dia pernah berdoa agar dipertemukan jodoh.

Namun tidak menyangka dapat bersama jodohnya apabila kali ketiga menjejakkan kaki di Mekah.

Difahamkan pasangan ini berangkat menunaikan Umrah sejak enam hari lalu.

Berikut merupakan foto-foto mereka sepanjang berada di sana:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.