fbpx
Now Reading
Angsa Disangka Babi, IG Maya Karin Diserang Netizen

Angsa Disangka Babi, IG Maya Karin Diserang Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara memuat naik foto seekor angsa yang sedia untuk dimasak di laman Instagram, pengikut pelakon dan penyanyi Maya Karin berbalah sesama sendiri.

Semuanya bermula apabila ada netizen jahat yang menyangka Maya memuat naik foto seekor babi yang sedia untuk dimasak.

Maya yang kini berada di Vietnam bersama keluarganya memuat naik foto angsa tersebut dengan kapsyen berbunyi “What’s cookin baby?” bersama hashtag #Saigon #HoChiMinhCity #QuickFamilyVisit.

Ramai netizen yang ‘menyerang’ ruangan Instagram Maya dan mula meninggalkan komen menyangka foto yang dimuat naik adalah foto babi.

Ada juga netizen yang menyangka foto itu merupakan foto ayam belanda dan itik, namun Maya sendiri memberikan pengesahan masakan itu adalah angsa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.