fbpx
Now Reading
Ini Respon Iqram Terhadap Surat Terbuka Mufti Wilayah

Ini Respon Iqram Terhadap Surat Terbuka Mufti Wilayah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berikutan surat terbuka daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli al-Bakri yang mahu berjumpa serta sudi berkongsi masalah kepada pelakon Iqram Dinzly, kini Iqram sudah memberi jawapan kepada mufti melalui akaun Instagram miliknya.

Menurut Iqram, dia kelihatan seperti menolak pelawaan untuk berjumpa di ibu kota kerana tak mahu meninggalkan ibunya yang masih dalam edah selepas pemergian suami yang juga bapa kepada Iqram.

Malah, dia mencadangkan agar mufti datang ke rumahnya di Perak untuk mengenalinya dengan lebih dalam. Nampaknya pelakon itu boleh menerima kunjungan orang ke rumahnya dan tidaklah seteruk seperti yang netizen sangkakan.

Selain itu, dia turut berterima kasih kepada mereka yang memahami dirinya dan meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham bapanya.

Kini semakin ramai yang memahami situasi pelakon itu dan ramai memberinya semangat agar dia pulih seperti biasa.

Diharap netizen jangan cepat bersangka buruk dengan orang dan sentiasa berfikiran positif agar orang yang sedang mengalami masalah akan lebih bersemangat serta berusaha untuk membina kembali hidup mereka.

Sumber: IG Iqram Dinzly

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.