fbpx
Now Reading
Ini Respon Aliff Syukri Terhadap Video Parodinya Yang Viral

Ini Respon Aliff Syukri Terhadap Video Parodinya Yang Viral

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini menjadi bualan orang ramai mengenai tindakannya yang dikatakan suka menunjuk-nunjuk.

Terbaru, dia memuatnaik gambar selipar jenama Louis Vuitton yang digunakan untuk pergi ke pasar dikecam orang ramai kerana bangga menunjukkan selipar mahalnya yang hanya digunakan untuk ke pasar sahaja di samping ejaan kasut yang salah iaitu ‘shous’.

Di Twitter, seorang lelaki membuat video parodi mengenai posting tersebut dan ianya tular di media sosial hingga Aliff turut melihat video tersebut. Sebenarnya, lelaki itu membuat video mengenai sebutan jenama selipar itu dengan betul.

Menurutnya, dia berasa kecewa apabila setiap tingkah lakunya dipersoalkan dan ramai lagi orang di luar sana buat sama dengan apa yang dia buat tetapi tak dikecam sepertinya.

Malah, dia mempersoalkan orang ramai jika dia harus mengikut kehidupan mereka yang mengecamnya baru mereka berpuas hati dan mengatakan mereka bukan betul sangat untuk dia ikuti.

Posting tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen, ada yang berpendapat Aliff terlalu menunjuk dan ada juga bersetuju dengan Aliff.

Kalau nak cari kesalahan orang, memang sampai bila-bila takkan habis. Jadi, berubah untuk menjadi lebih baik sahaja akan membuatkan mereka terdiam seribu bahasa.

Sumber: IG Aliff Syukri

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.