“Apa Itu Autisme,” 3 Personaliti Hebat Kongsi Detik Pahit Manis Memiliki Anak-Anak Istimewa Ini
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Autisme adalah kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial dan komunikasi emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.
Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Baru- baru ini Public Health Malaysia menerusi laman Facebooknya telah berkongsi mengenai 3 personaliti hebat yang mengharungi kehidupan seharian dengan menjaga anak merek yang menghidapi autisme.
Tiga personaliti hebat itu ialah pelakon terkenal Zarina Zainuddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia YB Khairy Jamaludin dan akhir sekali komposer terkenal Edry KRU. Ketiga-tiga personaliti ini mempunyai ceritanya tersendiri dan ketabahan serta kesabarab mereka dalam mengharungi kehidupan seharian harus dicontohi dan diberikan pujian.
Jom bersama penulis mengikuti perkongsian yang bermanfaat dari Public Health Malaysiatentang Autisme dan kisah suka duka tiga personaliti popular tanah air ini.
Kenali Autisme
Menurut Google Trends, Kata carian ” What is Autisme” telah menduduki tangga ke 5 bagi kata carian paling banyak di Google membuktikan isu ini semakin mendapat perhatian masyarakat. Di Malaysia, kata carian ” Punca Autisme” mendominasi carian di google di ikuti dengan carian “ciri ciri autisme”
Berbanding golongan kurang upaya lain ataupun penyakit sindromik lain, kanak kanak autisme kelihatan normal dari segi fizikal ataupun luaran. Ini merupakan antara punca mengapa mereka sering di salah erti.
Perbezaan tingkahlaku yang di alami hanya dapat diketahui dengan memerhatikan tingkahlaku dan sikap mereka yang sterotype seperti ;
– Tiada atau lemah ‘eye-contact’
– Tiada tindakbalas apabila dipanggil (bukan kerana pekak)
– Tidak peka kepada perasaan orang di sekitarnya
– Mengulangi perkataan/frasa dituturkan oleh orang lain (echolalia)
– Kesukaran memulakan perbualan, sturuktur ayat tidak betul
– Mahu kekal pada rutin dan turutan yang spesifik dan tidak fleksibel
– Kerap lakuan pergerakan badan yang berulang (mengayunkan badan, berputar atau mengepakkan tangan)
Bagi masyarakat yang tidak tahu dan tidak memahami isu ini, pasti ada yang mengelengkan kepala melihat aksi kanak kanak autisme ini. Tidak kurang juga yang menghina, ” inilah akibat Ibu bapa tidak pandai didik anak”. Ketahuilah, memukul, mengherdik dan meninggikan suara kepada kanak kanak autisme TIDAK membantu dan tidak berkesan sama sekali.
Masyarakat juga di sarankan untuk menerima insan autisme dan keluarganya seadanya. Usahlah disukarkan dan tambah lagi bebanan mereka. Jangan diskriminasi atau disisihkan hanya kerana perbezaan mereka. Sikap toleransi yang tinggi, tidak mencerca, tidak merendahkan mereka serta memberi sokongan dari segi moral, kepakaran, tenaga dan kewangan yang termampu adalah yang terbaik.
Bersama ini, kami kongsikan beberapa Personaliti Hebat dengan anak autisme mereka. Setinggi penghargaan di ucapkan kepada personaliti personaliti hebat ini yang tampil berkongsi suka duka bersama anak anak Autisme.
Zarina Zainuddin
Bagi yang tidak mengenalinya, mungkin akan mencemuh melihat perangai mereka seakanbudak nakal, tetapi jika mengetahui mereka adalah anak kepada selebriti Zarina Zainudin, sedikit sebanyak pasti mahu mengetahuinya.
Zarina mengakui bukan mudah menjaga anak autisme terutama apabila dikelilingi masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai autisme.
Itulah yang dirasai oleh Zarina ketika menjaga anak bujang kembarnya, iaitu Muhammad Razil Azrai (Razil) dan Muhammad Raizal Azrai, 20 (Raizal).
Tanya saja apa cabaran yang tidak pernah berlaku, malah bermacam-macam perkara pahit sudah dilalui sepanjang meniti fasa kedewasaan. Anak hilang, dimaki orang, tidak dihiraukan ketika bersekolah semuanya sudah dirasai.
Ada ketikanya Zarina sedih dengan sikap sesetengah orang yang tidak memahami situasi mengenai anaknya.
“Siapa boleh bersabar jika anak dimaki, walhal anda tahu itu bukan sengaja dilakukan mereka. Baru-baru ini, Razil secara tiba-tiba minum air orang lain dan terus dimaki,” katanya
“Tolong lihat dulu dan jangan terus bertindak memarahi dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Saya boleh membayar apa saja yang anak saya lakukan, tetapi tolong fahami dan jangan melulu memarahi atau bertindak kasar pada mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.
Melihat situasi itu, Zarina sentiasa berhati-hati dalam memberi kebebasan pada anak kembarnya yang mempunyai karakter berbeza.
Razil dikategorikan sebagai hiperaktif, sukar dikawal, moodnya tidak boleh dijangka, tidak boleh membaca dan berkomunikasi berbanding adiknya, Raizal yang mengalami autisme sederhana.
Zarina berkata, meniti usia dewasa, masing-masing ada rutin sendiri, Raizal akan bangun seawal jam 6 pagi untuk solat Subuh, manakala abangnya Razil akan bangun jam 8 pagi.
Selesai bersarapan, mereka akan keluar membeli majalah dan semua jenis akhbar yang perlu dibaca dalam satu tempoh masa tanpa diganggu. Abang hanya suka menyelak majalah berbanding adik yang tahu membaca dan bercakap
Bahkan beliau juga memberi kelonggaran kepada Raizal untuk ke kedai dan bercukur jambang atau misai sendiri berbanding abangnya. Raizal sendiri akan tahu kedai yang mana perlu dituju dan ramai yang sudah mengenalinya.
“Bagi Razil, saya perlu menguruskan semuanya kerana bimbang jika berlaku kecederaan dan sebagainya,” katanya.
Dalam keadaan anaknya begitu, Zarina bersyukur kerana Raizal diibaratkan sebagai pembantu peribadinya dalam apa juga situasi dan di mana-mana saja membabitkan abangnya kerana memiliki sikap pelindung.
“Di samping itu, saya beri wang kerana bimbang mereka akan mengambil apa saja barang tanpa dibayar. Saya sering memesan Raizal bayar apa saja yang diambil abangnya.
“Bahkan, saya juga beri telefon bimbit pada Raizal jika berlaku apa-apa yang tidak diduga,” katanya.
Bebanan itu sedikit berkurangan apabila Raizal bijak memainkan peranannya sebagai adik. Razil pernah terlepas pegangan adiknya dan menyebabkan mereka berdua hilang di pusat membeli-belah.
Ketika itulah, telefon bimbit yang dibekalkan menjadi penghubung untuk mengetahui di mana kedua-duanya.
“Di rumah juga Raizal akan sentiasa memastikan abangnya terjaga. Ketika waktu makan, dia akan bersama-sama abangnya. Bagi saya itulah hikmah mereka dilahirkan sebagai pasangan kembar,” katanya.
“Saya tidak mahu mereka terkongkong di rumah. Saya akan bawa dua lagi anak lelaki saya, iaitu Muhammad Naim Azrai, 13, dan Muhammad Adam Azrai, 10. Mereka sangat memahami situasi abangnya.
“Madu saya juga akan datang ke rumah dan membantu melihatkan anak-anak saya. Mereka memanggil madu saya mama,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan dan produk kosmetik.
Tiada apa yang beliau harapkan kecuali setiap orang lebih peka kepada masalah autisme ini dan tidak mudah menuding jari, menuduh membuta tuli jika berlaku sesuatu kejadian di luar dugaan.
Jadi pembantu peribadi ibu
Di sebalik masalah kesihatan yang dihadapi mereka, kedua-dua kembar terbabit mempunyai kelebihan tersendiri.
Beliau juga mudah memberikan jawapan setiap nama perdana menteri dan tahun pemerintahannya, selain boleh mengingati setiap drama dan tahun ibunya kembali berlakon.
“Ibu mula berlakon pada tahun 1990 dan kembali aktif pada tahun 2007, drama bertajuk Tidak Pernah Ku Sesali. Sekarang ibu tengah buat penggambaran 1 Cinta dan drama akan datang lakonan ibu ialah Serunding Daging Abang Sado dan Roti Canai Kuah Rendang,” kata Raizal mengenai lakonan ibunya.
Beliau juga menjadi pembantu peribadi Zarina ketika di set penggambaran seperti menandakan setiap skrip lakonan ibunya.
“Saya seronok tolong ibu ketika berlakon,” katanya yang turut mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway.
Sementara itu, Razil pula dengan dunianya sendiri dan sekali sekala turut diberi pendedahan dengan dunia luar.
Sumber: InTrend
Ternyata tindakan serta keprihatinan KJ memperjuangkan nasib golongan autisme mendapat respon serta pujian dari netizen. Thank you YB KJ!