fbpx
Now Reading
Polis mengesahkan positif dadah, isteri minta ‘Beri kami ruang’

Polis mengesahkan positif dadah, isteri minta ‘Beri kami ruang’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

POLIS mengesahkan pelakon dan pengarah bergelar Datuk yang ditahan selepas dipercayai mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, 1.20 tengah hari, hari ini positif dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis ganja.

“Saya mengesahkan pelakon berkenaan positif dadah jenis ganja.”

“Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek esok,” katanya

Ketika dihubungi, Datin Diana Danielle berkata “BERI kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima Kasih,” berhubung berita penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil petang tadi.

Sementara itu, ibu kepada Diana, Norsiah Ramli berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai berita penahanan menantunya itu.

“Saya terkejut mengenai berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan rakan media.

“Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri,” katanya.

Terdahulu, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

“Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long.

“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.