fbpx
Now Reading
“Kami Serasi” – Siti Nordiana Pilih Khai Bahar

“Kami Serasi” – Siti Nordiana Pilih Khai Bahar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keserasian paduan suara bersama telah membuatkan penyanyi Siti Nordiana memilih Khai Bahar untuk berduet dalam single terbaharunya.

Siti Nordiana berkata idea untuk berduet bersama Khai Bahar muncul selepas nyanyiannya bersama Khai Bahar dalam aplikasi Smule mendapat sambutan peminat.

“Saya perasan setiap kali kami berduet bersama dalam Smule, orang  luar serta peminat pasti suka dan video nyanyian kami dalam Youtube pun mendapat banyak jumlah tontonan.

“Kini saya nak realisasikan impian peminat yang mahu lihat kami berduet dalam versi lagu baru pula.

“Saya pun suka bila akhirnya dapat juga kami berduet dalam lagu baru kerana saya dapati kami serasi dalam setiap lagu yang kami nyanyikan,” katanya kepada Astro Gempak.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, dia dan Khai Bahar bakal bergabung idea untuk menghasilkan lirik dan muzik lagu duet tersebut.

“Istimewanya single duet itu ialah kami menciptanya bersama-sama dan memenuhi citarasa pendengar.

“Tapi buat masa sekarang ni saya sedang sibuk dengan single solo saya dahulu yang akan keluar pada Februari ini, kemudian barulah menyusul dengan single duet,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.