fbpx
Now Reading
Dua Anak Jutawan Disatukan

Dua Anak Jutawan Disatukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x"][video src="https://www.instagram.com/p/BerkLY4lBQd/?taken-by=nadianasimuddin"]

Anak jutawan terkenal,Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan  sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin dengan sekali lafaz semalam dalam sebuah majlis tertutup di hotel terkemuka The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Faliq adalah anak keempat dalam keluarga Naza, manakala Chryseis pula mempunyai 11 adik-beradik, masing-masing menyandang jawatan besar dalam empayar perniagaan keluarga.

Chryseis kini menjadi Pengarah Eksekutif Berjaya Assets Bhd dan pelabur dalam beberapa jenama termasuk Greyhound Cafe dan La Juiceria, manakala Faliq ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI.

 Pasangan tersebut disatukan selepas Faliq  melamar Chryseis Tan pada Jun 2017 di Marrakesh, Maghribi, semasa kedua-dua mereka bercuti.
Salah seorang keluarga kepada Faliq turut memuat naik video di Instagram semasa Faliq melafazkan akad nikah.

Semoga penyatuan legasi kedua syarikat besar ini terus berkembang maju dan pasangan ini kekal sehingga ke Jannah!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.